KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Ujian Pra Ujian Pasca

Rajah 1 : Ujian Pra dan Pasca
Lembaran Kerja Sebelum dan Selepas Intervensi

Kaedah pengumpulan data melalui analisis dokumen peserta kajian dapat
memberikan bukti yang releven terhadap masalah yang dikaji. Dalam kajian
meningkatkan kekemasan tulisan murid menggunakan Kit "SKH" secara ansur maju,
pengkaji telah menganalisis lembaran kerja Bahasa Melayu yang dibuat oleh peserta
kajian selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Latihan-latihan sebelum intervensi
dan selepas intervensi dianalisis untuk melihat keberkesanan penggunaan Kit "SKH"
secar ansur maju dalam meningkatkan kekemasan tulisan murid Tahun 3. Melalui
analisis dokumen ini, analisis yang dibuat dapat membantu pengkaji dalam menjawab
persoalan kajian yang pertama. Dapatan kajian daripada sebelum dan selepas
intervensi yang dijalankan terhadap peserta kajian menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan daripada gred C kepada gred B. Farid tidak lagi melakukan kesalahan
dari segi jarak antara perkataan, jarak antara perkataan dan huruf menyerupai huruf
lain selepas intervensi dijalankan. Farid hanya melakukan kesalahan menulis huruf "h"
dengan condong.


Rajah 2 : Lembaran Kerja Sebelum dan Selepas Intervensi

Sebelu m (^) Selepas

Free download pdf