KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Dalam pada itu, penggunaan tatabahasa yang betul perlu dititikberatkan
kerana .enggunaan tatabahasa yang tidak betul menyebabkan murid tidak dapat
membina ayat dengan baik dan sukar untuk difahami bik dari segi lisan mahupun
tulisan. Hal ini kerana, penggunaan tatabahasa yang betul dapat menentukan makna
dan maksud tertentu, maka ternyata ada manfaatnya. Selain itu, ia juga boleh
menyebabkan pemotongan markah. Biarpun pemotongan markah itu mungkin sedikit,
tetapi akan mempengaruhi markah dalam kertas yang diduduki. Jika amalan ini tidak
dibetulkan, ia akan menjadi rutin yang akan dibawa hingga ke dewasa kelak.


Maka dengan fokus dan isu yang dipertengahkan ini, pengkaji mengharapkan
supaya penggunaan alat bantu mengajar RoPuhan ini dapat membantu meningkatkan
penguasaan penggunaan kata berimbuhan awalan meN- bagi kata kerja dan kata
dassar yang tepat dan betul mengikut konteks yang hendak disampaikan.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun 3
terhadap penggunaan imbuhan awalan meN- dalam menghasilkan kata kerja terbitan
dengan betul menggunakan bahan bantu mengajar RoPuhan dan meningkatkan
penguasaan penggunaan kata kerja berimbuhan awalan meN- dengan tepat dan betul
mengikut konteks.
4.0 SOALAN KAJIAN


Kajian ini dibuat untuk menjawab soalan seperti berikut.


z Adakah bahan bantu mengajar RoPuhan dapat meningkatkan penguasaan murid
Tahun 3 terhadap penggunaan imbuhan awalan meN- dalam menghasilkan kata
kerja terbitan dengan betul?
z Adakah murid dapat meningkatkan penguasaan penggunaan kata kerja
berimbuhan awalan meN- dengan tepat dan betul mengikut konteks?
5.0 PESERTA KAJIAN

Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada peserta kajian Tahun 3 di sebuah sekolah di
daerah Tuaran iaitu di tempat pengkaji telah menjalani praktikum fasa pertama di sana
dengan mengambil seramai lima (5) orang peserta kajian sahaja iaitu empat orang
perempuan dan seorang pelajar lelaki dimana terdapat dua peserta Berdasarkan ujian
diagnostik yang telah dijalankan, kelima-lima peserta kajian ini disasarkan kerana tidak
dapat mengenal pasti dan kurang berpengetahuan serta penguasaan tentang

Free download pdf