KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
penggunaan kata imbuhan awalan meN- dalam kata kerja dengan betul. Oleh itu,
kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kata kerja berimbuhan awalan
meN- dalam kalangan murid Tahun 3 menggunakan RoPuhan.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Reka bentuk penyelidikan tindakan berbentuk kajian bukan eksperimental iaitu kajian
tindakan dimana data dikumpul dan dianalisis melalui dua kaedah iaitu kualitatif.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan model kajian tindakan Kurt Lewin (1948)
yang mempunyai empat fasa iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
Perancangan Tindakan


Pada awal perancangan kajian, pengkaji telah mengesanisu dan masalah yang
dihadapi oleh murid melalui sesi PdP lalu. Pengkaji mengkaji faktor-faktor yang
menyebabkan masalah berdasarkan maklumat yang dikumpul. Data akan
dikumpulkan untuk dijadikan panduan untuk membantu murid. Data yang dikumpul
berbentuk soalan diagnostik, soal selidik dan analisis dokumen.
Seterusnya, pengkaji melaksanakan tindakan mengikut konsep kaedah ansur
maju untuk intervensi yang akan dilakukan. Kaedah ansur maju turut digunakan oleh
Tiong Houng Ching (2005). Menurutnya, kaedah ansur maju merupakan satu kaedah
untuk murid mempelajari sesuatu kemahiran itu bermula dari langkah yang paling asas
kemudian beralih ke aras yang lebih sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat
menguasainya.


Pelaksanaan Kajian

Kajian ini dilaksanakan dalam masa dua minggu dan dijalankan pda waktu selepas
sesi persekolahan supaya pengkaji dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada
peserta kajian yang menghadapi masalah dalam membina kata kerja berimbuhan
awalan meN- dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengkaji telah menyediakan ujian
pra yang bertujuan untuk menganalisis dan memberikan fokus kepada kesalahan
murid dimana peserta kajian diminta untuk memadankan kata dasar yang bermula
dengan huruf yang berbeza dengan imbuhan awalan meN- untuk menghasilkan kata
kerja terbitan yang betul.

Free download pdf