KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
RoPuhan tanpa bantuan pengkaji kerana peserta kajian dianggap mahir dalam
menggunakan RoPuhan dan pengkaji bertindak sebagai fasilitator sahaja.

Rajah 4: Contoh Intervensi Kedua dan Contoh Soalan Intervensi Kedua

Selepas itu, bagi intervensi ketiga, peserta kajian perlu mengenal pasti dan
menyenaraikan kata kerja dengan berimbuhan awalan meN- dalam ayat. Aktiviti ini
dilakukan tanpa menggunakan RoPuhan mahupun bantuan pengkaji. Intervensi kedua
dan ketiga ini dilakukan untuk menunjukkan penggunaan kata berimbuhan yang betul
mengikut konteks ayat dan melihat sejauh mana peserta dapat mengesan kata
berimbuhan dalam sesuatu petikan seterusnya.


Rajah 5: Contoh Intervensi Ketiga dan Contoh Soalan Intervensi Ketiga

Bagi intervensi keempat, iaitu intervensi terakhir, peserta kajian diminta untuk
membina kata kerja berimbuhan awalan seterusnya membina ayat tanpa bantuan guru
dan RoPuhan kemudian guru seterusnya peserta kajian diberi borang soal selidik
untuk pengkaji mereflek kajian tindakan yang telah dilakukan. Akhir sekali, peserta
kajian diberi ujian Pasca untuk pengkaji membuat pemerhatian.


Rajah 6: Contoh Intervensi Ketiga dan Contoh Soalan Intervensi Keempat serta
Free download pdf