KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Soalan Ujian Pasca
Cara Pengumpulan Data

Pengkaji membuat pengumpulan data melalui ujian pra dan pasca, borang senarai
semak pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen. Pemerhatian dilakukan
sebelum dan sepanjang aktiviti dilakukan. Soal selidik pula diberikan kepada murid
setiap kali sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Bagi analisis dokumen, pengkaji
menganalisis hasil lembaran intervensi untuk mendapatkan data yang lebih jelas.
Cara Menganalisis Data


Pengkaji menganalisis borang senarai semak pemerhatian dan borang soal selidik
menggunakan kekerapan skala item. Ujian pra dan ujian pasca dianalisis
menggunakan data perbandingan. Kesemua intervensi dianalisis dengan teliti dari
aspek tatabahasa.


7.0 DAPATAN KAJIAN


  1. Adakah bahan bantu mengajar RoPuhan dapat meningkatkan penguasaan
    murid Tahun 3 terhadap penggunaan imbuhan awalan meN- dalam
    menghasilkan kata kerja terbitan dengan betul?

  2. Adakah murid dapat meningkatkan penguasaan penggunaan kata kerja
    berimbuhan awalan meN- dengan tepat dan betul mengikut konteks?


Pengkaji menggunakan tiga instrumen iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca, borang soal
selidik dan pemerhatian. bagi menjawab persoalan kajian pertama. Manakala untuk
menjawab soalan kedua, pengkaji menggunakan dua instrumen. Namun begitu,
pengkaji menggunakan data yang sama bagi soalan kedua iaitu dengan dapatan
borang soal selidik. Instrumen kedua pula merupakan Analisis Dokumen (Intervensi).
Pengkaji akan membincangkan dapatan kajian dengan menggunakan contoh hasil
kerja Peserta A sepanjang tempoh pelaksanaan tindakan dijalankan.

Free download pdf