KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

terutamanya perkara yang berkaitan dengan aspek tatabahasa dan sintaksis.
Contohnya, Abdul Hamid (1990), telah menjalankan kajian terhadap pelajar sekolah
menengah dan hasil kajiannya menunjukkan bahawa mereka melakukan kesalahan
penggunaan Bahasa Melayu melalui kesalahan imbuhan, frasa, klausa dan ayat.
Dapatan ini turut disokong oleh kajian yang dibuat oleh Md. Daud (1992) yang
mendapati bahawa kesalahan ayat yang sering dilakukan oleh murid dalam penulisan
ialah jenis ayat tidak betul susunannya (33.1 peratus), ayat tidak lengkap atau
tergantung (35.8 peratus) dan ayat yang berbelit-belit (17.3).
Walaupun banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan penguasaan
Bahasa Melayu dalam kalangan murid namun kajian tersebut lebih bersifat umum
kepada kemahiran berbahasa dan penguasaan tatabahasa tetapi tidak menjurus atau
berfokus kepada kemahiran membina ayat majmuk gabungan secara khusus. Oleh itu,
kelemahan murid dalam membina ayat majmuk gabungan ini telah mendorong
pengkaji untuk terus mencari teknik dan kaedah yang boleh digunakan dan membantu
murid menguasai kemahiran ini. Melalui penyelidikan ini, pengkaji berharap agar dapat
melihat peningkatan tahap pencapaian murid dalam membina ayat majmuk gabungan
ini.


OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mengemukakan satu objektif utama, iaitu:



  1. Meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk gabungan mengikut struktur ayat
    yang betul menggunakan teknik Apartmen AYMAGA (D-S-L).


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat penguasaan ayat bahasa Melayu dalam
kalangan murid, terutamanya dari aspek ayat majmuk gabungan bahasa Melayu.
Persoalan kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian ini ialah:



  1. Adalah murid dapat meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk gabungan
    mengikut struktur ayat yang betul menggunakan teknik Apartmen AYMAGA (D-
    SL)?

Free download pdf