Rajah 6: Perbandingan peratus markah Ujian Pra dan Ujian Pos peserta kajian
Rajah diatas pula menunjukkan perbandingan peratus markah ujian pra
dan ujian pos bagi ketiga-tiga peserta kajian ini. Data diatas jelas menunjukkan
berlakunya peningkatan terhadap kesemua peratus markah bagi ujian pos
yang diberikan sebelum ini. Perbandingan menunjukkan perubahan peratus
markah peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dilakukan. Selepas data
ujian pra diperolehi, rata-rata peserta menunjukkan mereka sememangnya
mempunyai masalah dalam membina ayat majmuk gabungan dengan struktur
ayat yang betul. Ini terbukti apabila peratus markah bagi ketiga-ketiga peserta
kajian berada pada tahap belum mencapai tahap minimum. Namun, selepas
pelaksanaan intervensi, peratus markah bagi ketiga-tiga peserta kajian
berubah iaitu peserta A berada pada tahap penguasaan yang baik, peserta B
berada pada tahap penguasaan yang cemerlang dan peserta C juga berada
pada tahap penguasaan yang memuaskan. Melihat kepada peningkatan ini,
dapatlah disimpulkan bahawa teknik Apartmen AYMAGA (D-S-L) ini dapat
membantu peserta kajian dalam membina ayat majmuk gabungan dengan
struktur ayat yang betul.
0
20
40
60
80
100
120
140
Peserta A Peserta B Peserta C
Perbandingan Peratus Markah Ujian Pra dan
Ujian Pos
Ujian Pra Ujian Pos