KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PENGENALAN

Dalam bahasa Melayu, terdapat pelbagai cabang dan kemahiran bahasa dan antara
cabang terpenting ialah aspek tatabahasa. Tatabahasa ialah peraturan-peraturan
bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung
dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis (Siti
Hajar Abdul Aziz, 1996). Bagi membentuk dan menyusun ayat yang gramatis,
seseorang perlu mempunyai pengetahuan dan belajar tatabahasa. Dengan kata lain,
tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pembahagian unsur-unsur
ucapan mengikut fungsinya. Setiap perkataan dalam ayat mempunyai fungsi
tatabahasa tersendiri.


Dalam subjek bahasa Melayu di sekolah, murid perlu menguasai aspek-aspek
tatabahasa sebagai salah satu kemahiran yang terdapat dalam Dokumen Standard
Kurikulum Pentaksiran (DSKP). Kajian tindakan ini dilaksanakan berdasarkan
pengalaman pengkaji ketika berpraktikum di sebuah sekolah di daerah Tuaran. Aspek
tatabahasa merupakan cabang penting dalam mempelajari bahasa Melayu. Ini kerana
ilmu bahasa Melayu dapat memahirkan murid dalam penulisan dan pertuturan bahasa
Melayu yang baik. Penggunaan perkataan dan ayat dalam Bahasa Melayu amat luas
dan kadangkala berlaku kesalahan penggunaan ayat disebabkan menjadi kebiasaan
dalam pertuturan atau bahasa pasar. Kajian ini khas dijalankan untuk meningkatkan
kemahiran membina ayat majmuk gabungan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dalam kalangan murid Tahun 3 sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Tuaran.


FOKUS KAJIAN

Pengkaji sebagai seorang guru perlu melaksanakan penambahbaikan dalam PdP bagi
membantu murid kerana menurut Hariatul Hafidzah, Mohd Nazri Abdul Rahman dan
Muhammad Azhar (2021), seorang guru perlu bertindak dalam mengorganisasikan
pengajaran mereka dengan baik agar objektif pengajaran tercapai dan menepati
DSKP. Justeru, pengkaji melaksanakan kajian tindakan ini bagi melihat keberkesanan
penggunaan TUSUNPAL dalam pengajaran ayat majmuk dan kata hubung.
TUSUNPAL ini akan digunakan untuk menangani masalah peserta kajian membina
ayat majmuk gabungan dengan struktur ayat dan kata hubung yang betul. Pengkaji
menjalankan satu kajian tindakan terhadap masalah yang dialami oleh peserta kajian
bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Free download pdf