KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

  1. Membantu murid membina ayat majmuk yang lengkap dan tepat menggunakan
    kata hubung yang betul selepas menggunakan TUSUNPAL.

  2. Meningkatkan prestasi murid dalam kemahiran membina ayat majmuk
    gabungan apabila menggunakan TUSUNPAL.


Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.


  1. Bagaimanakah penggunaan TUSUNPAL dapat membantu murid membina
    ayat majmuk yang lengkap dan tepat menggunakan kata hubung yang betul.

  2. Sejauh manakah prestasi murid dalam kemahiran membina ayat majmuk
    gabungan dapat meningkat dengan menggunakan TUSUNPAL?


PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan murid Tahun 3 seramai tiga orang di sebuah sekolah dalam
daerah Tuaran. Murid tersebut merupakan dua orang murid lelaki dan seorang murid
perempuan. Peserta kajian mempunyai pencapaian akademik yang lemah namun
masih dapat mengikuti kelas biasa dan bukannya pemulihan. Pencapaian akademik
tersebut juga mungkin kerana faktor tidak dapat menyertai PdPR atas beberapa
alasan seperti tiada kemudahan internet atau gadjet.
METODOLOGI KAJIAN


Pengkaji perlu mengumpul data daripada dokumen-dokumen hasil kerja murid untuk
dianalisis. Data yang dikumpul perlulah relevan kepada isu dan juga masalah yang
hendak dikaji dan analisis dokumen salah satu daripadanya (Bahagian Penerangan
dan Tindakan Dasar Pendidikan, 2008). Antara dokumen yang dapat digunakan oleh
pengkaji ialah lembaran kerja dan juga ujian pra dan ujian pasca. Pengkaji telah
menggunakan analisis dokumen untuk mengenal pasti kelemahan murid pada
peringkat awal. Seterusnya, pengkaji dapat melihat perkembangan kemahiran
membina ayat majmuk gabungan semasa ujian pra dan ujian pasca dan sesi intervensi.
Lembaran kerja diperoleh dari intervensi yang telah dijalankan semasa langkah
tindakan manakala kertas ujian ketika pelaksanaan ujian pra dan ujian pasca
kemudian disemak oleh pengkaji. Pengkaji merujuk kriteria pemarkahan ketika
menyemak lembaran kerja dan ujian yang dijawab oleh peserta kajian. Peserta kajian
akan menjawab lima soalan selama 20 minit tanpa berbincang dan bantuan guru bagi

Free download pdf