KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Konteks


Saya merupakan seorang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran
yang mengambil kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pengajian Melayu)
selama empat tahun dan sekarang berada pada akhir tahun pengajian. Pratikum
pertama berjaya saya sempurnakan di SK ST.James Tenghilan (nama samaran) yang
terletak di sekitar Tuaran. Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5
yang mempunyai bilangan murid seramai 32 orang.


Saya telah mengenal pasti seorang murid yang mengalami masalah paling kritikal
dalam masalah penulisan Bahasa Melayu. Murid tersebut saya namakan Malik (nama
samaran) dalam kajian ini. Justeru itu, saya telah mengambil langkah melaksanakan
bimbingan individu dalam meningkatkan kemahiran saya sebagai seorang guru dan
pada masa yang sama membantu Malik mengurangkan masalah yang dihadapinya.


FOKUS KAJIAN

Isu Keprihatinan


Melalui pengalaman praktikum untuk Fasa I yang lepas, saya mendapati ada antara
murid saya yang mengalami masalah menulis iaitu mencampuradukkan huruf besar
dan huruf kecil semasa menulis penulisan Bahasa Melayu. Melalui latihan dan ujian
pengesanan awal, saya mendapati Malik (nama samaran) sering melakukan
kesalahan tanda baca semasa menulis, iaitu kesalahan mencampuradukan huruf
besar dan huruf kecil. Rajah 1 menunjukkan contoh lembaran kerja Malik.


Rajah 1. Contoh hasil lembaran kerja

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh Malik, saya melaksanakan beberapa
langkah yang difikirkan sesuai dan perlu dijalankan. Saya melaksanakan kajian ini
kerana bagi saya, kesalahan seperti ini tidak boleh dipandang remeh lebih-lebih lagi
saya memikul tugas sebagai seorang guru. Seseorang guru harus prihatin akan
masalah dan keadaan muridnya. Mengikut Fuller (1969) (seperti dinyatakan dalam
5RVHODQ%LQ%DNL ³NHSULKDWLQDQ ́PHUXSDNDQWDQJJDSDQJXUXDWDXVHVXDWX\DQJ
dianggap sebagai masalah atau sesuatu yang selalu difikirkan oleh guru dan ingin
membuat sesuatu terhadapnya. Saya prihatin akan masalah yang dihadapi oleh Malik.


Kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dikategorikan sebagai kesalahan
ejaan dan menyebabkan pemotongan markah. Biarpun pemotongan markah itu
mungkin sedikit, tetapi akan mempengaruhi markah dalam kertas yang diduduki.
Selain itu, jika amalan ini tidak dibetulkan, Malik akan terbawa-bawa cara penulisan ini
bila dia di sekolah menengah dan akan memberikan masalah kepadanya dan guru
sekolah menengah untuk membaiki kesalahan ini.


Mencampuradukkan
huruf besar dan huruf
kecil semasa menulis
Free download pdf