KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Dalam masa yang terhad, saya melaksanakan bimbingan individu untuk membantu
Malik semaksimum mungkin dan seterusnya menambah baik amalan pengajaran saya
sendiri. Tujuan saya memilih untuk menjalankan kajian ini juga adalah kerana saya
melaksanakan praktikum dan berpeluang mengajar di sekolah. Oleh itu, saya dapat
melaksanakan kajian dalam kelas yang saya ajar.


OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian


i. Aktiviti-aktiviti intervensi meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dan
huruf kecil pada ayat tunggal dengan menggunakan Teknik Petak BiKu.
ii. Mengenal pasti sama ada penggunaan Teknik Petak BiKu dapat
meningkatkan kemahiran menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada
ayat tunggal dalam kalangan murid Tahun Lima.
Soalan Kajian


i. Adakah aktiviti intervensi murid Tahun Lima dapat meningkatkan kemahiran
menulis huruf besar dan huruf kecil dalam ayat dengan menggunakan Teknik
Petak BiKu?
ii. Adakah penggunaan Teknik Petak BiKu dapat meningkatkan kemahiran
menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal dalam kalangan
murid Tahun Lima?

PESERTA KAJIAN

Pengkaji telah memilih Malik sebagai peserta kajian yang berusia dalam lingkungan
sebelas tahun dan proses perlaksanaan kajian ini mengambil kira masalah murid
dalam menulis huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan Bahasa Melayu. Pemilihan
Malik berdasarkan instrumen pengumpulan data iaitu analisis soalan diagnostik dan
analisis dokumen lembaran kerja murid.


.DMLDQ LQL GLODNVDQDNDQ XQWXN PHQLQMDX VDPD DGD ³3HWDN %L.X ́ LQL GDSDW
meningkatkan penguasaan kemahiran murid dalam menggunakan huruf besar dan
huruf kecil pada ayat tunggal dalam kalangan murid Tahun Lima. Apabila peserta
kajian mampu untuk meningkatkan kemahiran mengeja dengan betul secara tidak
langsung mereka akan berasa seronok dan akan membangkitkan semangat mereka
untuk mendapat markah yang tinggi dalam penulisan Bahasa Melayu.

Free download pdf