KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

contoh lembaran kerja petak biru dan kuning yang saya hasilkan untuk digunakan
dalam tindakan saya.


Rajah 2. Lembaran kerja petak biru dan kuning

Intervensi seterusnya adalah peserta kajian diperkenalkan dengan Teknik Petak BiKu
untuk mengenal pasti kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada ayat
tunggal. Pada peringkat ini, peserta kajian perlu menampal petak biru atau kuning
pada huruf besar dan huruf kecil yang salah penggunaannnya pada ayat tunggal
tersebut. Kemudian, peserta kajian perlu menulis semula huruf besar dan huruf kecil
yang betul pada ayat tunggal itu. Rasional tindakan ini dijalankan adalah bertujuan
untuk memudahkan peserta kajian mengingat dan menjadikan mereka lebih peka
tentang penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal. Rajah 3 berikut
menunjukkan satu contoh intervensi pada peringkat ini.


Rajah 3. Contoh intervensi pada peringkat kedua

Intervensi ketiga, peserta kajian akan mengaplikasikan Petak BiKu untuk menulis
sebuah ayat tunggal melalui lembaran kerja. Saya mengagihkan lembaran kerja yang
mengandungi Petak BiKu dan peserta kajian perlu menyalin ayat tunggal semula
dalam Petak BiKu dengan menggunakan huruf besar dan huruf kecil mengikut
kesesuaian warna biru dan kuning yang telah ditetapkan. Rajah berikut menunjukkan
satu contoh lembaran kerja Malik pada peringkat ini. Rasional aktiviti ini dilaksanakan
adalah untuk memastikan peserta kajian dapat membezakan penggunaan huruf besar
dan huruf kecil apabila menulis sesebuah ayat. Selain itu, aktivti ini dapat memberi
kesedaran kepada murid bahawa penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam
penulisan ayat Bahasa Melayu amat penting untuk dikuasai supaya tidak berlakunya

Free download pdf