KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Perancangan Tindakan


Idea menggunakan teknik warna saya peroleh ketika membaca kajian lepas berkaitan
dengan penyelidikan Adilah Binti Che Ismail (2009) dan juga Nora Wahid (2012).
Mereka telah menggunakan teknik warna untuk memastikan murid dapat
membezakan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan ayat Bahasa
Melayu.


Tindakan mereka mendatangkan kesan yang positif yang mana peserta kajian mereka
berupaya menulis huruf besar dan huruf kecil secara betul dalam penulisan Bahasa
Melayu berbanding sebelum tindakan. Saya turut menjalankan tinjauan literatur ke
atas penggunaan warna yang berlainan bagi memudahkan murid untuk membezakan
penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan ayat. Kemudian, saya
membuat keputusan untuk menggantikan lembaran kerja biasa dan buku aktiviti jenis
single-lined dengan lembaran kerja yang mengandungi petak berwarna.


Saya merancang untuk menghasilkan petak warna biru dan kuning untuk lima orang
murid yang menjadi peserta kajian saya dan lembaran ini digunakan semasa P&P.
Saya mengaplikasikan penggunaan warna sebagai teknik dalam siri tindakan yang
dijalankan. Penggunaan warna amat sesuai bagi menarik minat dan pengekalkan
tahap ingatan kognitif murid terhadap sesuatu konsep (Wendy M.Sleeth, 2009).
Melvina Chung & Hannah Fam (2018) menjelaskan bahawa penggunaan warna yang
menyerlah seperti biru dan kuning mampu memberi kesan yang mendalam kepada
daya ingatan murid untuk lebih menghayati sesuatu perkara.


Saya melaksanakan tindakan mengikut konsep kaedah ansur maju. Kaedah ansur
maju turut digunakan oleh Tiong Houng Ching (2005), Juliana Ling Chu Chen (2009),
Geranting Anak Lugat (2009), Noraini Binti Ombi (2009). Menurut Tiong Houng Ching,
kaedah ansur maju merupakan satu kaedah untuk murid mempelajari sesuatu
kemahiran itu bermula dari langkah yang paling asas kemudian beralih ke aras yang
lebih sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat menguasainya. Saya
merancang untuk melaksanakan


Pelaksanaan Tindakan


Kajian yang saya jalankan ini memakan masa selama dua minggu bermula pada 30
Julai 2021 hingga 8 Ogos 2021. Bagi menjalankan kajian ini, saya telah melaksanakan
pada waktu selepas sesi persekolahan dan kajian ini diberi tumpuan kepada peserta
kajian yang menghadapi masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada
penulisan ayat dalam Bahasa Melayu.


Intervensi pertama dalam kajian ini ialah peserta kajian akan diperkenalkan dengan
huruf besar dan huruf kecil secara serentak. Dalam aktiviti ini, saya akan menyebut
beberapa huruf manakala peserta kajian diminta menulis huruf-huruf tersebut
mengikut warna petak yang betul dimana petak warna biru mewakili huruf besar dan
petak warna kuning mewakili huruf kecil. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk
memudahkan peserta kajian dapat membezakan bentuk huruf besar dan huruf kecil
VHFDUDVHUHQWDNWHUXWDPDKXUXI³.N ́6V ́GDQ³3S ́5DMDKEHULNXWPHQXQMXNNDQVDWX

Free download pdf