Hasil Dapatan Ujian Bertulis Pra dan Pasca
Rajah 6
Perbandingan hasil dapatan Ujian Bertulis Pra dan Ujian Pasca
Rajah 6. Hasil dapatan Ujian Bertulis Pra Rajah 6. Hasil dapatan Ujian
Bertulis Pasca
Jadual 2
Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Peserta
Kajian
Ujian Pra Ujian Pasca Perbezaan Markah
(Ujian Pasca ± Ujian
Markah (10) Peratus (%) Markah (10) Peratus (%) Pra)
Malik 2 20 9 90 8
Analisis dapatan ujian pasca yang dimuat turun pada jadual 3 menunjukkan bahawa
terdapat peningkatan markah peserta kajian. Pada Ujian Pra, Malik hanya mendapat
20% namun setelah melaksanakan intervensi Malik telah mendapat 90% dalam Ujian
Pasca. Malik menunjukkan peningkatkan sebanyak 70% selepas intervensi iaitu 20%
kepada 90%. Peningkatan ini telah membuktikan bahawa penggunaan alat Petak BiKu
ini dapat meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil yang betul pada
ayat tunggal.
Hasil Dapatan Ujian Kemajuan bagi Setiap Intervensi
Dua intervensi yang telah saya laksanakan semasa bersama Malik iaitu intervensi
pertama meliputi peringkat pertama, peringkat kedua dan peringkat ketiga manakala
intervensi kedua meliputi peringkat susulan. Rajah 7 menunjukkan hasil dapatan ujian
kemajuan bagi setiap intervensi yang dijawab oleh Malik.