KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

menggunakan teknik analisis ujian kemajuan intervensi untuk menganalisis kesalahan
yang dilakukan oleh peserta kajian semasa mereka membuat latihan. Tahap
penguasaan diberikan kepada setiap hasil intervensi murid dan dicatat dalam
keputusan ujian kemajuan bagi setiap intervensi.


Cara Menyemak Data


Penyemakan data penting dilakukan untuk melihat kesalahan data yang dikumpul.
Saya menyemak data dengan menggunakan triangulasi kaedah dan triangulasi
sumber. Melalui triangulasi kaedah, saya mempelbagaikan kaedah mengumpul data
untuk peserta kajian yang sama. Melalui triangulasi sumber pula, saya mendapat
maklumat daripada sumber yang berlainan untuk menentukan Tahap penguasaan
hasil kerja peserta kajian saya.


DAPATAN KAJIAN
x Adakah aktiviti intervensi terhadap Malik dapat meningkatkan
kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal
dengan menggunakan Teknik Petak BiKu?
Dua instrumen yang telah saya laksanakan bagi menjawab persoalan kajian ini
semasa bersama Malik iaitu masing-masing pada minggu kedua hingga minggu
keempat perlaksanaan tindakan ini dijalankan terhadap Malik dalam meningkatkan
kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal dengan
menggunakan Teknik Petak BiKu.

Free download pdf