Rajah 8
Hasil latihan pengukuhan yang dijawab oleh Malik
Berdasarkan lembaran kerja Malik, Malik tidak lagi melakukan kesalahan dalam
kemahiran menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal. Daripada
empat ayat, Malik telah menggunakan huruf besar dengan betul pada awal ayat dan
huruf kecil pada pertengahan ayat dalam empat ayat yang ditulis. Ini membuktikan
bahawa aktiviti intervensi dengan menggunakan Teknik Petak BiKu telah berjaya
membantu Malik dalam penguasaan meningkatkan kemahiran menggunakan huruf
besar dan huruf kecil dengan betul pada sesebuah ayat yang ditulis dalam latihan
pengukuhan.
x Adakah penggunaan Teknik Petak BiKu dapat meningkatkan kemahiran
menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal dalam
kalangan murid Tahun Lima?
Hasil Dapatan Pemerhatian Senarai Semak
Jadual 4
Item senarai semak pemerhatian selepas intervensi terhadap Malik
Bil Item Pemerhatian
Tidak Setuju Setuju Tidak Pasti
- Teknik Petak BiKu
dapat membezakan
huruf besar dengan
huruf kecil.
/