- Teknik Petak BiKu
dapat menulis huruf
besar dengan betul
/
- Teknik Petak BiKu
dapat menulis huruf
kecil dengan betul.
/
- Teknik Petak BiKu
dapat menggunakan
huruf besar dan huruf
kecil pada ayat tunggal.
/
- Teknik Petak BiKu
dapat menggunakan
huruf besar dan huruf
kecil pada ayat tunggal
tanpa bimbingan guru.
/
(Sumber : Cindy Chen Sin Yee (2020) Meningkatkan Kemahiran Menggunakan
Huruf Besar Pada Permulaan Ayat dalam Kalangan Murid Tahun Empat dengan
Teknik KKB)
Jadual 4 menunjukkan bahawa bagi item 1 menunjukkan bahawa Malik dapat
membezakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul melalui penggunaan Teknik
Petak BiKu. Bagi item 2 dan item 3 pula, Malik telah dapat menulis huruf besar dan
huruf kecil dengan betul. Kemudian, bagi item 4 pula, melalui penggunaan Teknik
Petak BiKu ini dapat meningatkan kemahiran menggunakan huruf besar dan huruf
kecil pada ayat tunggal dengan betul terhadap lembaran kerja yang ditulis oleh Malik.
Item 5 pula jelas menunjukkan bahawa Malik dapat menggunakan huruf besar dan
huruf kecil yang betul pada ayat tunggal tanpa bimbingan guru dengan betul dan tepat.
Kesimpulannya, hasil daripada borang senarai semak pemerhatian terhadap
keberkesanan penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal ini jelas
menunjukkan keputusan yang positif terhadap peningkatan penguasaan
menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal terhadap Malik. Instrumen
ini dapat disokong melalui instrumen hasil dapatan ujian pra dan ujian pasca, ujian
kemajuan bagi setiap intervensi dan analisis latihan pengukuhan yang telah
dilaksanakan oleh Malik.