KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

REFLEKSI
Berdasarkan dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa penggunaan kaedah
pandang sebut dapat membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai iaitu Kad SuKaWarna yang
mempunyai perbezaan warna bagi setiap suku kata. Hal ini kerana, sebelum
melaksanakan intervensi, pengkaji mendapati murid hanya suka membaca secara
beramai-ramai sahaja. Apabila dipilih secara sukarela, murid yang sama sahaja akan
tampil berdiri untuk membaca. Walau bagaimana pun, selepas intervensi, kemahiran
PHPEDFDWHODKPHQLQJNDWGDULSDGDWDKDS³PHQFDSDLWDKDSPLQLPXP ́NHSDGDWDKDS
³FHPHUODQJ ́GDQ³EDLN ́3HUQ\DWDDQLQLDGDODKEHUGDVDUNDQNHSDGDGDWD\DQJWHODK
dianalisis yang menunjukkan peningkatan melalui markah ujian. Peningkatan markah
ujian tersebut menunjukkan setiap murid mengingati proses-proses yang dilakukan
bersama pengkaji bagi setiap perkataan atau topik yang difokuskan. Hal ini
membuktikan murid mengalami pemindahan pembelajaran positif kerana murid
melakukan pemindahan sebagai proses membaik pulih dan mengembangkan
pengetahuan sedia ada melalui situasi baharu yang dialaminya (Torrey & Shavlik,
2009). Peningkatan jumlah markah telah membuktikan bahawa objektif terhadap
penggunaan kaedah pandang sebut dalam penguasaan kemahiran membaca yang
disasarkan kepada murid telah berjaya dicapai.


Kaedah pengajaran amat berperanan sebagai sumber kefahaman, minat dan
komitmen murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta merupakan salah
satu faktor penting dalam sesuatu pengajaran (Normazidah, 2012). Penguasaan
kemahiran membaca dapat ditingkatkan melalui penggunaan kaedah pandang sebut
berbantukan Kad SuKaWarna kerana murid mula mengecam dan menghafal serta
menggabungkan bunyi dua, tiga atau empat lalu menyebutnya terus selapas intervensi
dijalankan. Tambahan pula, murid mula yakin untuk membatangkan setiap perkataan
dengan sebutan yang jelas dan baku. Oleh itu, peranan kaedah pengajaran begitu
penting sehingga dikatakan seorang guru yang tekun, mempunyai kelayakan
akademik dan pengetahuan yang cemerlang tidak menjamin kecemerlangan muridnya
sekiranya tidak disertakan dengan kaedah mengajar yang baik dan sistematik (Mohd
Zaidi, 2005).


Implikasinya, kajian ini membantu kepada guru-guru dan sekolah dalam menangani
masalah pembacaan dalam kalangan murid sama ada di Tahap 1 atau Tahap 2 kerana
boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan bagi tindakan selanjutnya dalam
membandung masalah ini daripada terus berlanjutan.

Free download pdf