KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
murid yang berbangsa Dusun, seorang murid berbangsa Bajau dan seorang murid lagi
berbangsa Melayu. Responden kajian juga merupakan murid yang mempunyai
pencapaian akademik yang sederhana dan boleh dikategorikan dalam kalangan murid
yang biasa. Tempoh pelaksanaan kajian dijalankan adalah bermula selama tiga
minggu. Untuk tujuan penyelidikan, pengkaji telah diberi peruntukan masa 120 minit
(2 jam) dalam seminggu selama tiga minggu oleh guru mata pelajaran di sekolah
tersebut.

Kumpulan telah dikenalpasti melalui tinjauan awal yang telah dijalankan menerusi
semakan lembaran kerja dan melihat ujian-ujian prestasi yang terdahulu. Tiga
daripada lima responden menghadapi masalah tidak dapat membina ayat majmuk
gabungan dengan betul berdasarkan gambar sementara dua lagi responden
menghadapi masalah seperti pengulangan perkataan atau klausa yang sama dalam
PHPELQD D\DW PDMPXN JDEXQJDQ PHQJJXQDNDQ NDWD KXEXQJ μGDQ¶ GDQ μVDPELO¶
Tinjauan awal masalah dilakukan sewaktu pemeriksaan lembaran kerja responden
dan ujian pra yang diberikan. Respoden tersebut merupakan murid yang lemah dalam
PHPELQD D\DW PDMPXN JDEXQJDQ GHQJDQ PHQJJXQDNDQ NDWD KXEXQJ μGDQ¶ GDQ
μVDPELO¶NKXVXVQ\D


TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Model Kajian Tindakan

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Adaptasi Model Stephen Kemmis dan
McTaggart (1998) dama Rosinah Edinin (2012) untuk menjalankan penyelidikan
tindakan ini. Menurut Khairuddin Mohamad (2014), model ini diasaskan oleh Stephen
Kemmis yang bertugas sebagai Dekan School Of Education, Deakin University,
Australia pada tahun 1988. Model kajian tindakan ini sering digunakan oleh pengamal
pengkaji termasuklah pengkaji kajian ini kerana mudah untuk difahami dan
dikendalikan.


Rosinah Edinin (2012) menyatakan bahawa Model Stephen Kemmis dan Mactaggart
(1998) terdiri daripada empat peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan
refleksi. Model berkenaan dilaksanakan secara berulang-ulang sehingga masalah
yang dihadapi dapat diselesaikan sepenuhnya. Perancangan disemak dan
dikemaskini agar dapat menghasilkan perancangan yang terbaik untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh pengkaji. Kebiasaannya, model ini digunakan apabila

Free download pdf