Kajian lanjutan boleh dijalankan bagi peringkat kemahiran membina ayat majmuk
yang seterusnya. Salah satunya, teknik TeGaPoGa ini boleh diaplikasikan pada kata
hubung yang lain seperti lain, kerana, tetapi, atau, lalu dan sebagainya. Bukan itu
sahaja, pembinaan bahan bantu mengajar yang maujud juga dapat dilaksanakan bagi
memudahkan murid membina ayat majmuk dengan menggunakan dua ayat tunggal
yang diberikan. Pengaplikasian teknik ini masih sama jika ayat tunggal dan kata
hubung disediakan. Jika pada peringkat yang lebih tinggi iaitu binaan ayat
berpandukan gambar rajah tunggal sahaja, teknik ini hanya boleh digunakan setelah
murid dapat mengenalpasti ayat yang ingin dibina. Kemudian, teknik TeGaPoGa ini
digunakan bagi membantuk mengelakkan pengulangan perkataan yang sama dalam
membina ayat majmuk sekiranya kemahiran berada pada aras yang tinggi.
Kajian selanjutnya juga mungkin boleh dijalankan dengan meningkatkan kemahiran
membina ayat majmuk yang betul dari segi penggunaan huruf besar, tanda baca, kata
hubung, kata kerja dan kosa kata yang sesuai. Selain itu, tempoh pelaksanaan
penyelidikan mungkin perlu dilanjutkan agar penggunaan teknik TeGaPoGa ini
menjadi satu rumus yang perlu diingat dan digunakan dalam peperiksaan bagi murid-
murid yang akan menghadapi ujian percubaan sebelum memasuki alam sekolah
menengah. Pada kitaran akan datang, pengkaji akan cuba untuk menjadikan
penggunaan teknik TeGaPoGa menjadi luas iaitu semua kata hubung yang terdapat
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.