Para ibu bapa dan penjaga yang lain apabila ditanya berkenaan isu keterlibatan anak
mereka semasa aktiviti membaca ketika sesi PdPR juga menyatakan jawapan yang sama di
mana rata-rata daripada anak-anak mereka menghadapi masalah membaca menyebabkan
anak mereka kurang melibatkan diri ketika sesi PdPR dilaksanakan.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Meningkatkan kemahiran membaca murid menggunakan ABM Ikut Rentakku.
Berdasarkan objektif kajian, maka satu persoalan kajian dibina seperti berikut:
i. Adakah ABM Ikut Rentakku membantu dalam meningkatkan kemahiran membaca
murid?
PESERTA KAJIAN
Pengkaji telah memilih seorang murid tahun 3 dari sebuah sekolah sekitar Kuching,
Sarawak. Peserta kajian ini dipilih kerana mereka masih belum menguasai kemahiran
membaca di mana mereka belum boleh mencapai Tahap Penguasaan minimum yang
digariskan oleh KPM iaitu Tahap Penguasaan Tiga. Maklumat berkenaan peserta kajian boleh
dirujuk pada Jadual 4.
Jadual 4
Peserta Kajian
Murid Jantina Bangsa Umur Perwakilan
Murid 1 L Melayu 9 M1
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji menggunakan Model Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) sebagai
panduan untuk melakukan tindakan. Model ini dipilih kerana model ini amat bersesuaian
dengan tindakan yang dilakukan oleh pengkaji. Setelah menyediakan langkah yang
bersesuaian, pengkaji akan menggunakan pemerhatian menggunakan senarai semak pra dan
pasca bacaan sebagai medium mengumpul data.
Untuk menyelesaikan masalah yang timbul, pengkaji akan menggunakan dua alat
bantu. Alat bantu yang pertama merupakan Ikut Rentakku. Ikut Rentakku merupakan sebuah
templat khas yang direka menggunakan perisian PowerPoint untuk melatih murid membaca.
Terdapat tiga tahap yang perlu dilalui murid. Pada tahap pertama, setiap perkataan akan
diwarnakan mengikut suku kata. Setelah menguasai tahap 1, murid akan pergi kepada tahap