TEKNIK GERAVISIO : MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN
MENULIS AYAT TUNGGAL SEMASA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI
RUMAH (PDPR)
Mohd Al-Qahhar bin Muhmad Nor
PISMP Bahasa Melayu (SK)-2 Ambilan Jun 2018
[email protected]
ABSTRAK
Artikel ini bertujuan untuk melihat kesan pengaplikasian teknik GeraVisio dan juga penggunaan
BBB VidAniPen dalam meningkatkan penguasaan murid tahun empat terhadap kemahiran menulis
ayat tunggal yang gramatis khususnya semasa PdPR. Kajian ini melibatkan tiga orang murid dari
sebuah Sekolah Kebangsaan (SK) di daerah Gemencheh, Negeri Sembilan dengan bersandarkan
kepada Model Kajian Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988). Melalui analisis dokumen dan juga
pemerhatian yang dilaksanakan, teknik GeraVisio mampu meningkatkan penguasaan murid dalam
menulis ayat tunggal dengan pembuktian melalui perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca
murid yang menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu min markah ujian pra (11) manakala min
markah ujian pasca (100) dengan peningkatan markah paling minimum ialah 83% dan peningkatan
markah paling maksimum ialah 100%. Teknik GeraVisio mampu meningkatkan tahap penguasaan
murid dalam menulis ayat tunggal semasa PdPR.
Kata kunci : Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), bahan bantu belajar, bahan bantu
mengajar, penggunaan media pelbagai dalam pembelajaran, pembelajaran dalam talian
ABSTRACT
This article is executed to examine the impact of GeraVisio technique application and BBB
VidAniPen usage in increasing the proficiency of standard four pupils in the writing skills of a good
simple sentence, particularly during PdPR. This research involved three pupils from a primary
school situated in the province of Gemencheh, Negeri Sembilan by using The Stephen Kemmis
and McTaggart Research Model (1988). According to the outcome, GeraVision Technique and
usage of BBB VidAniPen are capable in increasing the proficiency in the writing skills of pupils
during PdPR. This can be proven through test scores comparison, with the minimum post-research
test scores showed an exponential increase from pre-research test, with former being 100 and later
with 11. The minimum increase in scores was 83%, whilst the maximum at a whopping 100%.
Keywords : Home-based teaching and learning (PdPR), study aids, teaching aids, the use of
multimedia in learning, online learning