KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah tahap penguasaan murid terhadap
kemahiran menulis ayat tunggal setelah teknik GeraVisio dan BBB VidAniPen
diaplikasikan.


i. Objektif Kajian
Murid dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal yang gramatis
setelah teknik GeraVisio dan BBB VidAniPen diaplikasikan semasa sesi PdPR melalui pelantar
Google Meet secara dalam talian.


ii. Soalan Kajian
Adakah pengaplikasian teknik GeraVisio dan BBB VidAniPen dapat meningkatkan kemahiran
menulis ayat tunggal dalam kalangan murid tahun empat semasa sesi PdPR secara dalam
talian?


PESERTA KAJIAN


Tiga orang murid yang tahun empat yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang
pelbagai. Murid-murid ini telah menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira.


TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Kajian tindakan ini mengaplikasikan Adaptasi Model Stephen Kemmis dan McTaggart (1988)
dalam Rosinah Edinin (2012). Model ini diterajui oleh Stephen Kemmis yang merupakan
Dekan School of Education, Deakin University, Australia pada tahun 1988. Model ini
mempunyai kitaran empat fasa iaitu (i) Mereflek, (ii) Merancang, (iii) Bertindak dan juga (iv)
Memerhati.

Free download pdf