PENGENALAN
Pada awal tahun 2021, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu Tahun 5. Sepanjang menjalani latihan praktikum, terdapat banyak
pengalaman yang telah pengkaji peroleh khasnya dari segi kemahiran mengajar.
Kelas ini menggabungkan murid daripada pelbagai tahap pencapaian iaitu lemah,
sederhana dan cemerlang. Selama sebulan pengkaji mengajar dan memerhatikan
cara pembelajaran dan teknik menjawab soalan yang dikemukakan. Akhirnya,
pengkaji mendapati bahawa murid kurang membaca, tidak dapat membina ayat yang
lengkap dan kurang menumpukan perhatian semasa belajar serta agak pasif semasa
bersoal jawab.
Berdasarkan latihan menulis ayat, pengkaji dapat mengenal pasti beberapa
orang murid yang masih belum dapat membina ayat majmuk yang lengkap dan
gramatis. Melalui perbincangan, latihan dan pembentangan, didapati mereka masih
terkial-kial untuk membina ayat walaupun telah diberikan kata kerja. Pengkaji dapati
murid gagal membina ayat dengan baik. Struktur ayatnya tidak tersusun dengan betul.
Murid gemar menggunakan bahasa pasar semasa menulis ayat. Pernyataan daripada
kajian A. Rahman et. al. (2012), pengunaan bahasa pasar juga selalu digunakan
dalam ayat penulisan murid. Selain itu, murid juga tidak dapat mengembangkan idea
semasa membina ayat dengan baik. Malahan, tanda baca yang ditulis tidak menepati
ciri-ciri penulisan yang sebenar. Hal ini kerana murid masih lagi tidak mahir dalam
membina ayat yang pelbagai dan hanya kukuh pada pembinaan ayat yang ringkas
VHSHUWL³$OLEHUPDLQEROD ́
Sepanjang sesi P&P yang telah dilaksanakan semasa menjalani praktikum,
pengkaji mendapati terdapat 60% murid Tahun 5 masih lemah dalam kemahiran
membina ayat. Kebanyakan murid tersebut tidak menunjukkan minat semasa
diarahkan untuk membina ayat yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberikan.
Hal ini sangat membimbangkan memandangkan kemahiran membina ayat merupakan
satu kemahiran yang amat penting dalam Bahasa Melayu. Di samping itu, pengkaji
juga mendapati murid sering mengambil masa yang lama apabila diminta oleh guru
untuk membina ayat. Mereka juga berasa tidak yakin setiap kali diminta untuk
membina ayat. Hal ini menyebabkan murid berasa takut untuk mencuba membina
ayat. Namun pengkaji masih meminta murid untuk cuba membina ayat. Pengumpulan
data awal terhadap latihan kerja murid sepanjang sesi P&P mendapati dua kesalahan
yang sering dilakukan semasa membina ayat.