KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi kajian, hampir 60% murid masih lemah dalam membina ayat
majmuk. Kebanyakan murid lemah dalam mengembangkan idea semasa membina
ayat dan pembinaan ayat menggunakan struktur yang salah. Oleh itu, pengkaji telah
memilih tenik SiBaTaPA bagi membantu murid menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Konsep jadual telah digunakan dalam teknik ini iaitu dengan membahagikan
struktur pembinaan ayat kepada lima bahagian utama iaitu Siapa+Buat Apa+Tempat
Apa+Penerangan+Apa.


Kajian ini memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran membina ayat
majmuk. Walaupun murid menghadapi banyak masalah bahasa, namun pengkaji
hanya memfokuskan kajian ini terhadap masalah pembinaan ayat majmuk ini kerana
kemahiran membina ayat majmuk merupakan asas penting kepada murid. Murid-
murid yang menjadi tumpuan pengkaji ialah murid-murid yang lemah dalam membina
ayat. Pengkaji akan menggunakan tenik SiBaTaPA untuk meningkatkan penguasaan
kemahiran membina ayat majmuk. Berikut merupakan teknik SiBaTaPA yang akan
digunakan sebagai intervensi:


Rajah 3 Teknik SiBaTaPA

Teknik SiBaTaPA
Si
Siapa?

Ba
Buat apa?

Ta
Tempat apa?

P
Penerangan
x supaya
x untuk
x kerana

A
Apa?

Ayat:
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
_____________________________________________
Free download pdf