OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan teknik SiBaTaPA bagi meningkatkan
kemahiran membina ayat majmuk dalam kalangan murid Tahun 5.
Objektif Kajian:
I. Mengaplikasikan teknik SiBaTaPA untuk membina ayat majmuk dalam
kalangan murid Tahun 5.
Soalan Kajian:
I. Adakah murid Tahun 5 dapat mengaplikasikan teknik SiBaTaPA untuk
mengembangkan idea bagi membina ayat yang gramatis.
PESERTA KAJIAN
Pelaksanaan kajian ini melibatkan lima orang peserta kajian iaitu murid Tahun
5 yang terdiri daripada empat orang murid lelaki dan seorang murid perempuan.
Kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji telah dilaksanakan bertempat di salah
sebuah sekolah di daerah Tuaran yang berdekatan dengan IPG Kent, Tuaran. Kelas
yang menjadi sasaran kajian ialah murid tahun lima yang terdiri daripada 25 orang
murid iaitu seramai 8 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan. Berdasarkan
markah murid dalam Ujian Pra, hanya murid yang mendapati pencapaian 0 sehingga
6 markah daripada 12 markah sahaja yang akan dipilih sebagai peserta kajian. Lima
orang peserta kajian telah dikenal pasti yang terdiri daripada tiga tahap pencapaian
iaitu seorang murid pada tahap pencapaian minimum (1-2) markah, dua orang murid
pada peringkat kurang memuaskan (3-4) markah dan dua orang murid lagi pada
peringkat memuaskan (5-6) markah. Kesemua peserta kajian berumur sebelas tahun.
Jadual 1 Kod Perwakilan Peserta Kajian
Peserta Kajian Jantina Kod Perwakilan
Murid 1 L PK A
Murid 2 L PK B
Murid 3 L PK C
Murid 4 L PK D
Murid 5 P PK E