TINDAKAN YANG DIJALANKANBerdasarkan Model Kurt Lewin (1948), pengkaji telah merancang dan
membuat satu pelan pelaksanaan sepanjang kajian ini dilaksanakan seperti rajah
berikut:
Rajah 3 Pelaksanaan tindakan berpandukan Model Kurt Lewin (1948)Merancang merupakan langkah yang pertama dalam menjalankan sesuatu
kajian. Bagi melaksanakan kajian, pengkaji perlu perancangan yang jelas dan teliti
bagi mencapai objektif ditetapkan. Pengkaji mengumpulkan data awal daripada Ujian
Pra. Melalui data awal yang dikumpul, pengkaji mengenal pasti isu dalam mata
pelajaran bahasa Melayu. Setelah mengenal pasti masalah murid-murid iaitu membina
ayat majmuk, maka masalah tersebut dijadikan fokus kajian. Sebagai perancangan
awal, pengkaji terus merancang untuk menyelesaikan isu ini. Maka pengkaji telah
mencipta teknik SiBaTaPA yang menggabungkan penggunaan jadual, visual dan juga
warna.
PerancanganTinjauan awal
Merancang intervensiTindakanPelaksanaan ujian pra
Latihan 1, 2, 3, 4 dan 5
Pelaksanaan ujian posPemerhatianMengumpul data
Menganalisis dataRefleksiRefleksi selepas intervensi
Penambahbaikan