KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, kualitatif dan kaedah
kajian tindakan. Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji menggunakan tiga
kaedah pengumpulan data ialah Ujian Pra dan Pos, analisis dokumen dan soal selidik.
Pertama sekali, pengkaji menggunakan Ujian Pra dan Ujian Pos sebagai kaedah
pengumpulan data terhadap peserta kajian. Ujian Pra sebelum menjalankan intervensi
dan Ujian Pos selepas menjalankan intervensi. Maka, pengkaji telah pun menyediakan
lembaran Ujian Pra yang mengandungi soalan berkaitan dengan aktiviti membina
enam ayat menggunakan kata kerja dan kata hubung pancangan keterangan kepada
peserta kajian sebelum menjalankan intervensi. Selepas itu, Ujian Pos dengan soalan
yang sama seperti Ujian Pra akan diberikan sekali lagi kepada peserta kajian yang
sama setelah mereka selesai menjalankan intervensi sebanyak lima kali. Kedua-dua
ujian ini akan disemak dan dinilai oleh pengkaji untuk melihat perbezaan yang berlaku
dari segi markah atau gred. Justifikasinya, kaedah ini boleh dikatakan amat sesuai
bagi pengkaji untuk mengumpul data daripada peserta kajian dalam kajian yang
dijalankan.


Selain itu, kaedah mengumpul data analisis dokumen. Pengkaji telah
menjalankan kaedah analisis dokumen dalam kajian ini melalui lembaran kerja yang
peserta kajian hasilkan selepas menjalankan setiap kali intervensi. Dalam konteks ini,
terdapat sebanyak lima set intervensi yang perlu dilaksanakan oleh setiap peserta
kajian dan mereka perlu menyiapkan lembaran kerja yang disediakan pada akhir
setiap kali intervensi. Hasil lembaran kerja akan disemak dengan teliti untuk dianalisis
oleh pengkaji dan disimpan dengan baik sebagai bukti dalam pengumpulan data.


Akhir sekali ialah soal selidik. Pengkaji akan menggunakan borang soal selidik
iaitu untuk mengumpul data. Pengkaji menggunakan skala likert 5 mata untuk
mengukur item-item soal selidik. Menurut Rosinah Edinin (2015) menyatakan bahawa
skala likert digunakan untuk mengukur sikap pendapat dan persepsi seseorang
berkaitan sesuatu isu. Oleh itu, pengkaji menggunakan skala likert iaitu dari nombor
satu sehingga nombor lima ini untuk mengetahui persepsi murid terhadap penggunaan
teknik SiBaTaPA dalam meningkatkan kemahiran membina ayat. Berdasarkan borang
soal selidik ini, peserta kajian bebas memilih penilaian bagi pernyataan yang
disediakan. Soal selidik ini menilai lapan item yang bertujuan untuk menilai
keberkesanan teknik SiBaTaPA. Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik
kepada peserta kajian selepas Ujian Pos dilaksanakan.

Free download pdf