KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Pada fasa tindakan, pengkaji melaksanakan Ujian Pra bagi membuat penilaian
terhadap pencapaian murid. Ujian Pra ini mengandungi 12 soalan. Setelah mendapat
markah penilaian murid, pengkaji akan membahagikan murid kepada beberapa
kelompok tahap pencapaian. Seterusnya, pelaksanaan intervensi dijalankan terhadap
murid yang terpilih. Intervensi ini dibahagikan kepada lima fasa iaitu lima peringkat
latihan. Seterusnya, pengkaji akan melaksanakan Ujian Pos.


Rajah 4 Pelaksanaan intervensi teknik SiBaTaPA

Pada fasa pemerhatian, pengkaji akan mengumpulkan data. Data-data ini juga
akan dianalisis untuk melihat peningkatan markah dan prestasi murid sebagai bukti
keberkesanan teknik SiBaTaPA dalam membantu murid membina ayat majmuk.
Pemerhatian juga bertujuan untuk melihat perubahan tingkah laku murid ke arah yang
lebih baik dan positif. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen
penilaian kajian yang terdiri daripada Ujian Pra dan Pos, dan soal selidik.


Seterusnya, pada peringkat akhir, pengkaji akan membuat refleksi kajian
selepas menjalankan ujian dan intervensi. Hal ini kerana refleksi ini amat penting
dalam kajian tindakan bagi mengenal pasti dan menilai hasil dapatan kajian. Melalui
refleksi juga, pengkaji dapat mengenal pasti sama ada teknik SiBaTaPA dapat
diteruskan ataupun sebaliknya berdasarkan kepada keberkesanannya dalam
membantu murid membina ayat majmuk. Justeru, refleksi ini dapat membantu
menambahbaik amalan pengajaran pengkaji semasa sesi P&P terutamanya dalam
pengajaran kemahiran menulis dalam bahasa Melayu.


Langkah 1 ‡Ujian Pra

Langkah 2 ‡Memperkenalkan Teknik SiBaTaPA

Langkah 3 ‡Latihan 1 (Jadual SiBaTaPA + gambar + frasa kerja)

Langkah 4 ‡Latihan 2 (Jadual SiBaTaPA + gambar + frasa keterangan)

Langkah 5 ‡Latihan 3 (Jadual SiBaTaPA + gambar)

Langkah 6 ‡Latihan 4 (Gambar)

Langkah 7 ‡Latihan 5 (Frasa kerja + kata hubung pancangan keterangan)

Langkah 8 ‡Ujian Pos
Free download pdf