KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
CARA MENGANALISIS DATA

Bagi cara menganalisis data, penggaji menggunakan analisis kandungan dan
juga analisis deskriptif. Pertama, pengkaji menggunakan analisis kandungan semasa
menganalisis data yang dikumpul melalui data berbentuk dokumen iaitu data
berbentuk kualitatif. Analisis kandungan ialah pengkaji menjalankan Ujian Pra untuk
mengenal pasti tahap keupayaan peserta kajian dan mengetahui sejauh mana tahap
kelemahan atau masalah yang dihadapi oleh mereka. Murid diberi Ujian Pra dan hasil
daripada ujian yang telah mereka lakukan telah pengkaji analisis.


Seterusnya, Ujian Pos dijalankan setelah keseluruhan aktiviti dan intervensi
dijalankan. Ujian Pos ini dijalankan bertujuan untuk menguji sejauh mana tahap
keberkesanan teknik yang dipilih. Ujian Pos mengandungi soalan yang sama seperti
Ujian Pra. Hasil daripada Ujian Pos yang dijalankan, pengkaji menganalisis dapati skor
markah yang diperolehi oleh peserta kajian meningkat berbanding Ujian Pra dan
latihan-latihan yang diberikan sebelumnya.


Akhir sekali, pengkaji turut menganalisis kandungan borang maklum balas
peserta kajian terhadap intervensi teknik SiBaTaPA. Analisis kandungan borang
maklum balas melibatkan data kuantitatif dan kualitatif. Sebelum data dianalisis,
borang maklum balas disemak terlebih dahulu untuk memastikan setiap item dalam
borang maklum balas telah dijawab oleh peserta kajian berdasarkan arahan yang
diberikan. Penganalisisan data dibuat dengan mengira darjah persetujuan peserta
kajian terhadap setiap item dalam borang maklum balas.


Bagi cara yang kedua pula ialah analisis deskriptif. Bagi analisis deskriptif,
pengkaji menganalisis data peratusan markah peserta kajian bagi Ujian Pos, Ujian
Pra dan juga latihan. Markah peratusan ini dianalisis menjadi purata markah
keseluruhan. Hal ini bagi melihat peningkatan markah peserta kajian dalam membina
ayat majmuk menggunakan markah Ujian Pra dan Ujian Pos. Selain itu, borang soal
selidik peserta kajian juga dianalisis secara peratus mengenai darjah persetujuan
peserta kajian terhadap soalan item yang diberikan. Hal ini membolehkan pengkaji
melihat keseluruhan pendapat peserta kajian terhadap penggunaan dan kelebihan
teknik SiBaTaPA. Seterusnya, data-data tersebut dipersembahkan dalam bentuk carta
dan jadual.

Free download pdf