dapat menunjukkan bahawa teknik SiBaTaPA sememangnya dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran membina ayat dalam kalangan murid Tahun 5. Hal ini juga
dapat dibuktikan dengan analisis yang telah dilakukan oleh pengkaji di mana purata
markah peserta kajian pada Ujian Pra iaitu 40% telah meningkat telah meningkat
sebanyak 60% pada Ujian Pos. Kelima-lima peserta kajian ini mencapai purata
markah Ujian Pos sebanyak 100%. Kelima-lima peserta kajian ini mendapat markah
penuh dalam Ujian Pos dan mencapai tahap pencapaian cemerlang. Jadual berikut
merupakan analisis markah Ujian Pra dan Pos:
Rajah 3 Analisis markah latihan peserta kajian
Seterusnya, hasil dapatan dari analisis latihan peserta kajian menunjukkan
bahawa murid dapat mengaplikasikan teknik SiBaTaPA dalam mengembangkan idea
untuk membina ayat yang gramatis. Buktinya, pada latihan pertama, purata markah
bagi kesemua peserta kajian ialah sebanyak 94.6% di mana tiga peserta kajian
mendapat markah terendah 91% dan dua peserta kajian yang lain memperoleh
markah penuh 100%. Purata markah bagi latihan kedua pula telah meningkat kepada
96.4% di mana hanya dua orang sahaja peserta kajian yang mendapat markah
terendah iaitu 91% manakala tiga orang lagi mendapat markah penuh 100%.
Seterusnya, purata markah bagi latihan ketiga juga telah meningkat kepada 96.6% di
mana hanya seorang peserta kajian telah mendapat markah terendah iaitu 83%. Akhir
sekali, pada latihan keempat dan kelima pula, purata markah peserta kajian juga telah
meningkat dengan maksimum kepada 100%.
PK A PK B PK C PK D PK E
Latihan 1 91 91 91 100 100
Latihan 2 91 91 100 100 100
Latihan 3 100 100 83 100 100
Latihan 4 100 100 100 100 100
Latihan 5 100 100 100 100 100
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Markah Peratus Peserta Kajian (%)
Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Latihan 4 Latihan 5