PENGENALAN
Seiring dengan perkembangan zaman yang lebih canggih, bidang pendidikan turut
menerima impak daripada ledakan kemajuan masa kini. Lantaran itu, guru merupakan
agen pendidikan yang bertanggungjawab mendidik murid ke arah pembinaan modal
insan yang seimbang. Dalam pada itu, kepelbagaian daripada aspek teknik dan
kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan efektif amat diperlukan sebagai menyahut
cabaran pembelajaran abad ke-21. Guru perlu merancang sesi pengajaran yang
bukan sahaja sistematik, tetapi harus memastikan hasil pembelajaran dicapai oleh
semua murid. Dengan itu, kejayaan murid juga bergantung kepada strategi pengajaran
yang digunakan oleh guru bagi memastikan semua murid dapat memahami isi
kandungan pembelajaran yang disampaikan. Oleh itu, penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) merupakan salah satu inisiatif yang boleh diaplikasikan semasa sesi
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berlangsung.
Brown (1983) mendefinisikan bahan bantu mengajar (BBM) sebagai alat
pembelajaran yang digunakan untuk membantu guru menyampaikan pengajaran di
bilik darjah. Fungsinya adalah untuk memudahkan murid memahami isi pelajaran yang
disampaikan (Saifuddin & Muhammad Idham, 2017). BBM merangkumi semua benda
yang boleh dirasai melalui pancaindera seperti melihat, mendengar, memegang dan
sebagainya (Nur Syafiqah & Nurul Nazirah, 2018). BBM menjadi salah satu keperluan
dalam bidang pendidikan kerana bukan sekadar memudahkan para guru, tetapi untuk
menarik minat murid mengikut pengajaran yang disampaikan. Kedua-dua dapatan
kajian Jasmi dan rakan (2011) serta Ilias dan rakan (2013) menunjukkan bahawa
penggunaan BBM oleh guru mampu membuatkan murid lebih fokus kepada
pengajaran sewaktu PdPc berlangsung. Malahan, ingatan melalui imej dan visual yang
terdapat pada BBM juga merupakan kaedah berkesan untuk mengingati sesuatu topik
(Abdullah et.al 2015).
Dalam konteks kajian ini, pengkaji mengaplikasikan kaedah pengajaran
berasaskan bahan bantu mengajar sebagai satu inisiatif bagi membantu murid
PHQJDWDVLPDVDODKGDODPSHPEHODMDUDQ%DKDVD0HOD\Xμ.RWDN'L¶DWDXVLQJNDWDQQ\D
KoDi merupakan satu BBM yang dihasilkan bagi membantu murid meningkatkan
penguasaan penggunaan /di/ sebagai kata sendi nama dan imbuhan awalan. Kata
sendi merupakan perkataan yang hadir di hadapan frasa nama dan mempunyai tugas
atau fungsi berlainan. Bagi kata sendi nama /di/, penggunaannya ialah di hadapan
frasa nama yang menunjukkan tempat. Selain itu, perkataan /di/ juga berfungsi
sebagai imbuhan awalan yang ditulis secara rapat dengan kata kerja pasif. Oleh itu,
cara penulisan ialah berlainan supaya fungsi penggunaan /di/ adalah tepat.