KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
80
70
60
50
40
30
20
10
0
M1 M2
Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos

Berdasarkan perbandingan yang ditunjukkan melalui jadual 14 dan 15 di atas, hasil
dapatan mendapati bahawa murid menunjukkan pencapaian yang sangat baik dan
pengkaji dapat menyimpulkan kemahiran sebutan semasa melafazkan pantun telah
meningkat. Peningkatan ini ditunjukkan oleh murid yang pada mulanya hanya
memperoleh markah antara 30 peratus sahaja, namun selepas pelaksanaan intervensi
dan ujian pos diberikan, mereka mampu memperoleh markah antara gred C dan gred B.
Sehubungan dengan itu, perkara ini menunjukkan bahawa intervensi yang pengkaji
berikan kepada murid telah berkesan sehingga mereka lebih yakin menyebut perkataan
tanpa perlu mengulang sebutan berkali- kali. Kemahiran sebutan murid semasa melafazkan
pantun bukan sahaja betul malah lebih jelas semasa melafazkan pantun sekaligus
meningkatkan keyakinan murid di hadapan kelas apabila berhadapan dengan rakan-
rakan. Peningkatan yang ditunjukkan oleh murid semasa ujian pra dan ujian pos
dijalankan dapat dilihat dengan jelas melalui graf bar berikut.


Rajah 1. Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos


Berdasarkan Rajah 1 di atas semua murid menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan iaitu sekurang- kurangnya peningkatan mereka sebanyak 20
peratus. Selain itu, peningkatan kepada 70 peratus oleh M1 yang pada asalnya
memperoleh hanya 30 peratus dalam ujian pra. Manakala M2 menunjukkan peningkatan
sebanyak 30 peratus dan 20 peratus masing- masing.
Secara ringkasnya, semua murid menunjukkan peningkatan dalam penguasaan

Free download pdf