Soal Selidik
Soal selidik yang telah pengkaji jalankan adalah untuk melihat keberkesanan Animasi
Pemantun Terhebat dalam kemahiran sebutan semasa melafazkan pantun bagi murid
Tahun 3. Borang soal selidik ini mengandungi lima item soalan kesemuanya. Setiap
soalan yang diberikan adalah untuk menunjukkan tahap kepuasan murid terhadap
Animasi pemantun Terhebat yang telah pengkaji gunakan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Murid yang mengisi borang soal selidik ini terdiri seramai dua orang murid
Tahun 3.
Jadual 13
Borang Soal Selidik
Item Pernyataan Ya Tidak
1 Saya boleh melafazkan pantun dengan sebutan
yang betul bagi setiap rangkap.
1 1
2 Saya menyebut perkataan dengan betul tanpa
bantuan guru semasa melafazkan pantun.
1 1
3 Animasi Pemantun Terhebat
menggunakan
sebutan yang mudah difahami.
2 0
4 Animasi Pemantun Terhebat membantu saya dari
aspek sebutan ketika melafazkan pantun.
2 0
5 Animasi Pemantun Terhebat ialah bahan bantu
mengajar yang berkesan untuk membantu saya
melafazkan pantun.
2 0
Jadual 13 di atas merupakan jawapan murid terhadap borang soal selidik bagi menguji
tahap kepuasan mereka terhadap penggunaan Animasi Pemantun Terhebat yang telah
pengkaji gunakan sepanjang di dalam kelas. Terdapat lima item soal selidik akan pengkaji
huraikan bagi membuktikan keberkesanan Animasi Pemantun Terhebat dalam aspek
sebutan semasa melafazkan pantun kepada setiap murid.
Item pertama iaitu μVD\D boleh melafazkan pantun dengan sebutan yang betul bagi setiap
UDQJNDS¶ mencatatkan seramai seorang murid telah memilih μ\D¶ yang menunjukkan
bahawa mereka boleh melafazkan pantun dengan sebutan yang betul bagi setiap