PESERTA KAJIAN
Penyelidikan kajian tindakan ini melibatkan seramai 5 orang murid yang terdiri
daripada murid Tahun Lima yang memiliki tahap penguasaan Bahasa Melayu yang
lemah di sebuah sekolah di daerah Tuaran. Seramai 2 orang murid lelaki dan 3 orang
perempuan di dalam bilik darjah tersebut.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pada tindakan pertama pengkaji telah melaksanakan beberapa tindakan iaitu
menggunakan tiga jenis instrumen bagi pengumpulan data. Sebelum melaksanakan
tindakan, pengkaji telah menemu bual kelima-lima orang murid tahun lima yang
terlibat. Pengkaji telah menggunakan borang senarai semak individu untuk melihat
sejauh mana minat murid yang terlibat dalam pengetahuan mata pelajaran Bahasa
Melayu. Sesi temu bual ini dilaksanakan oleh pengkaji sebelum dan selepas
pelaksanaan kajian tindakan ini. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan temu
bual berstruktur kerana ia adalah salah satu alat yang paling berkesan untuk
pengumpulan dan pemilihan data. Pengkaji telah menetapkan satu set soalan
sebelum temu bual itu dilaksanakan. Hal ini kerana, hasil dapatan temu bual dapat
disahkan keputusannya dengan jumlah yang agak besar.
Tindakan kedua yang dilakukan oleh pengkaji iaitu menggunakan instrumen
pemerhatian. Instrumen pemerhatian yang digunakan oleh pengkaji ialah pemerhatian
turut serta di mana pengkaji turut menjadi pemerhati dalam penyelidikan. Instrumen
pemerhatian ini dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada minggu 1 sesi 1 dan minggu
3 sesi 7. Terdapat 5 item yang akan dijadikan sebagai pemerhatian di dalam borang
senarai semak individu. Pemerhatian turut serta ini melibatkan pengkaji turut menjadi
pemerhati dalam kajian yang dilaksanakan. Pengkaji dapat memperoleh data dengan
kesahan yang tepat menerusi tingkah laku murid pada awal kajian dilaksanakan.
Pengkaji juga menggunakan instrumen analisis dokumen untuk mendapatkan
data awal sebelum melaksanakan kajian. Pada 3 Mei 2021, telah diadakan
peperiksaan pertengahan tahun di sekolah yang turut melibatkan murid tahun lima.
Berdasarkan analisis dokumen ini pengkaji dapat menganalisis nilai dan mengesan
apa yang diperolehi dalam suatu dokumen. Bagi mendapatkan data menggunakan
analisis dokumen ini, pengkaji telah mengadakan tiga sesi iaitu pada sesi 3, 4 dan 6
untuk melihat peningkatan terhadap penggunaan Teknik Lampu SKAL ini dapat
dikuasai oleh murid tahun 5 ketika membina ayat tunggal. Tempoh masa bagi setiap
sesi selama 1 jam. Pengkaji akan memberikan gambar mengikut tema pelajaran untuk