KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

penggunaan bahasa baku kurang digunakan dalam kehidupan harian berbanding
dengan penggunaan bahasa pertuturan harian. Oleh itu, isu yang menjadi pilihan
untuk kajian pengkaji adalah berkaitan dengan tahap penguasaan murid terhadap
kosa kata bahasa Melayu. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa
menjalani praktikum selama tiga bulan, pengkaji mendapati isu ini perlu di atasi agar
murid dapat menghasilkan penulisan ayat bahasa Melayu dengan tepat serta dapat
memartabatkan bahasa Melayu di mata dunia. Kemahiran menulis ini merujuk kepada
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis tertumpu kepada
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul di samping tulisan
yang jelas, cantik dan kemas.
Kegagalan murid untuk menggunakan perkataan yang betul dalam penulisan ayat
bahasa Melayu akan menyebabkan mereka kehilangan markah dalam peperiksaan
dan ujian kertas penulisan Bahasa Malaysia. Kesalahan yang dilakukan ini perlu
pandang serius supaya generasi akan datang masih dapat mengaplikasikan bahasa
Melayu baku dengan baik tanpa mencampuradukkan bahasa dalam satu ayat. Kesan
daripada kekeliruan murid terhadap kosa kata bahasa Melayu boleh menyebabkan
maksud yang ini disampaikan tidak jelas dan berlaku salah faham dalam penyampaian
ayat. Setelah menyedari kewujudan isu ini, pengkaji telah mengambil keputusan untuk
melaksanakan kajian ini bagi meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap kosa
kata bahasa Melayu bagi membantu murid menghasilkan penulisan ayat yang betul
dan mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR).

Free download pdf