KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PENGENALAN


Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah yang tertakluk dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan
rendah, pendidikan menengah dan pendidikan menengah lepas. Akta pendidikan
1996 menyatakan bahawa mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
merupakan mata pelajaran yang wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia.
Sehubungan itu, bahasa Melayu mula menjadi bahasa pengantar pada peringkat
sekolah. Zuraini Ramli, Anida binti Sarudin dan Husna Faredza Mohamed Redzwan
(2017) menyatakan bahawa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama dalam sistem pendidikan di Malaysia telah mencapai tahap yang
membanggakan.
Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang
terdiri daripada tiga gelombang iaitu gelombang pertama (20130-2015), gelombang
kedua (2016-2020) dan gelombang ketiga (2021-2025). Gelombang pertama yang
bermula dari tahun 2013 hingga 2015 memberi penekanan kepada menambah baik
sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program. Hal ini
menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyemak semula
panduan sistem pendidikan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Perubahan yang dilakukan ialah lebih tertumpu kepada tiga kemahiran utama iaitu
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Maka untuk melaksanakan hasrat ini, mata pelajaran Bahasa Malaysia perlu
diwajibkan di setiap sekolah dan dititikberatkan dari pelbagai aspek bermula peringkat
sekolah rendah. Dalam pembelajaran Bahasa Melayu terdapat beberapa kemahiran
yang perlu dikuasai oleh murid. Kemahiran-kemahiran ini dapat dirujuk dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pembelajaran (DSKP). Salah satu kemahiran yang
terdapat dalam Bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh murid ialah kemahiran
menulis. Kemahiran ini amat penting dikuasai oleh mereka demi mencapai kejayaan
yang lebih cemerlang. Kemahiran menulis juga merupakan suatu budaya intelek yang
saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan kemahiran bertutur.
Keupayaan menulis dengan tepat merupakan satu kemahiran yang menjadi asas
utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Namun, terdapat beberapa isu pendidikan yang berkaitan dengan bahasa Melayu
yang melibatkan kemahiran menulis. Seperti yang sedia maklum, Malaysia
mempunyai rakyat terdiri daripada berbilang kaum dan etnik yang mempunyai bahasa
atau loghat percakapan yang berbeza. Bahasa pertuturan setiap etnik seakan sebati
dengan diri masing-masing kerana telah digunakan sejak kecil. Hal ini kerana,

Free download pdf