PENGENALAN
Kajian Tindakan terhadap isu kemahiran menulis karangan jenis fakta dengan
menggunakan Teknik Tapak Kiri 5P akan dilaksanakan oleh guru pelatih khususnya
bagi murid-murid tahun 5 dalam subjek Bahasa Melayu. Dalam kemahiran bahasa
Bahasa Melayu, kemahiran menulis adalah kemahiran yang paling sukar dikuasai
khususnya dalam aspek penyediaan dan pengolahan isi karangan. (Nurul Aisyah,
Zamri, & Nor Azwa Hanum, 2016). Aspek tersebut jelas sekali memerlukan kemahiran
berfikir secara kritis dalam membentuk kerangka karangan yang baik. Murid perlu
menggunakan aspek kognitif, iaitu kemampuan berfikir untuk menjanakan idea dan
menterjemahkannya menjadi tulisan (Abdul Rasid, Shamsudin, Azhar dan Juanes
2016, Nik Safiah 2004). Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu (BM)
Sekolah Rendah (2018: 35) menetapkan bahawa antara kemahiran menulis yang
perlu dikuasai oleh murid Tahun Lima ialah membina kerangka dan menulis karangan
berbentuk naratif dan imaginatif, menghasilkan perenggan yang kohesi dan koheran,
menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif, mengedit dan memurnikan hasil
penulisan, dan menulis ulasan tentang bahan sastera dan bukan sastera
menggunakan bahasa yang betul. Namun,dapatan kajian mendapati bahawa
penguasaan murid tahun lima terhadap kemahiran menulis karangan jenis fakta masih
lemah. Melihat kepada pernyataan di atas, satu kajian tindakan tentang pelaksanaan
Teknik Tapak Kiri 5-P dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis fakta
bagi murid tahun 5 dilaksanakan berdasarkan kajian lalu. Misalnya Aziziee dan Wan
Muna Ruzanna (2018) serta Rubiaton dan Jamaludin (2018) menyatakan bahawa
pendekatan grafik untuk membantu murid menjanakan idea dengan lebih semasa
menulis karangan boleh dijadikan indikator untuk menghasilkan impak PdP penulisan
karangan yang baik.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Pada praktikum fasa 2 yang lalu, pengkaji telah menjalankan praktikum di Sekolah
Kebangsaan Nongkolud, Tuaran Pengkaji dilantik sementara sebagai guru Bahasa
Melayu bagi dua kelas tahun lima di sekolah tersebut iaitu kelas 5 Jujur dan 5 Intelek.
Pengkaji sentiasa merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah
disediakan untuk memastikan Rancangan Pengajaran Harian dapat disediakan
dengan baik untuk memastikan murid dapat mencapai objektif pengajaran bagi setiap
kemahiran yang diajar. Namun begitu senario ini telah dikenalpasti apabila pengkaji
mula melihat refleksi pengajaran dan pembelajaran dalam sesi pengajaran pada
minggu ke-5, iaitu pada 6 Ogos 2021 dibawah kemahiran menulis iaitu standard
kandungan 3.3; menghasilkan penulisan dan standard pembelajaran 3.3.1; mendraf