KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

dan menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat.
PERNYATAAN MASALAH
Permasalahan yang timbul seperti ketidakupayaan murid menyusun, mengorganisasi
idea, membuat kesimpulan dan menetapkan jumlah ayat dalam satu perenggan boleh
diselesaikan melalui aplikasi penggunaan grafik. Hal ini juga bertepatan dengan
keupayaan alat berfikir seperti peta konsep setelah kajian mendapati bahawa
pencapaian penulisan karangan seperti karangan fakta murid dapat ditingkatkan
dengan penggunaan grafik yang menepati konsep peta pemikiran. Anthony Aloysius
dan Yahya (2017) turut menyatakan bahawa PdP penulisan karangan di sekolah
banyak menggunakan peta pemikiran selaras dengan tujuan penerapan KBAT itu
sendiri. Kajian Mohd Zikri Ihsan et al., (2020) dan Jumaliah dan Zamri (2014) juga
menunjukkan bahawa pencapaian kemahiran menulis murid turut meningakat melalui
pengaplikasian grafik sebagai alat berfikir dan mengorganisasi idea. Hal ini dapat
dikuatkan lagi dengan bahan yang sedia ada dalam buku teks iaitu bentuk draf
karangan yang boleh dilihat oleh murid sebagai rujukan bagi mencapai objektif yang
tidak cukup memberansangkan sedangkan pengaplikasian seni dalam pendidikan
sepatutnya dititikberatkan dalam memastikan murid dapat meningkatkan pemahaman
dalam satui proses berfikir, apatah lagi dalam kemahiran menulis yang memerlukan
murid berfikir di samping menghasilkan ayat yang gramatis.


OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Objektif Umum
Kajian ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan dalam kemahiran
menulis karangan fakta bagi murid tahun 5 terutamanya dalam mengorganisasi isi
karangan serta susunan perenggan secara sistematik dengan menggunakan
Teknik Tapak Kiri 5P.
Objektif Khusus
i. meningkatkan kefahaman murid dalam penulisan karangan fakta
menggunakan Teknik Tapak Kiri 5P.
ii. membantu murid mengorganisasi idea dalam karangan fakta serta menetapkan
jumlah ayat dan perenggan menggunakan Teknik Tapak Kiri 5P.
iii. meningkatkan penguasaan murid dalam menghasilkan sebuah karangan
fakta yang baik menggunakan Teknik Tapak Kiri 5P.
Soalan Kajian
i. Adakah murid dapat memahami konsep penulisan karangan fakta
menggunakan Teknik Tapak Kiri 5P?
ii. Adakah murid dapat mengorganisasi idea dalam aktiviti menulis draf

Free download pdf