KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PENGENALAN
Pengkaji merupakan seorang guru pelatih dari unit PISMP bahasa Melayu SK (2) yang
sedang menuntut pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah. Dalam
tempoh pengajian selama 5 tahun, pengkaji telah menjalani praktikum sebanyak dua fasa
iaitu masing-masing selama tiga bulan. Walaupun, kes Covid-19 yang masih tidak reda
ketika pengkaji menjalani praktikum amat memberi kesan kepada pelaksanaan praktikum,
tetapi pengkaji tetap bersyukur kerana berkesempatan menghabiskan praktikum ini dengan
baik.
Mengimbas kembali sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) yang telah lepas,
pengkaji telah mendapati bahawa masalah yang timbul dalam penulisan bahasa Melayu
ialah peserta kajian ini sering kali menggunakan huruf kecil pada permulaan ayat, pangkal
kata nama khas dan tidak menggunakan tanda noktah pada akhir ayat. Dari sini, pengkaji
telah menyemak buku latihan PK dan melihat masalah ini sememangnya dialami oleh PK.
Setelah diteliti, punca kepada masalah ini adalah disebabkan kecuaian PK semasa menulis.
Tambahan lagi, bagi kata nama khas pula, PK didapati kurang faham dan tidak tahu akan
ejaan yang sebenar serta tidak dapat membezakan kata nama khas yang terdapat dalam
ayat.
Jadi, sebagai langkah awal dalam PdPC, pengkaji telah memberi peringatan secara
berulang-ulang kali dengan menekankan ketiga-tiga aspek ini dalam penulisan. Namun
demikian, kesilapan ini tetap berlaku. Menurut Hassan, Che Zanariah Che dan Fadzilah Abd
Rahman (2021), kemahiran menulis adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan
berdasarkan penguasaan kemahiran. Oleh hal demikian, penggunaan huruf besar yang
betul dan tanda noktah juga termasuk dalam kemahiran menulis. Justeru itu, pengkaji
mengambil keputusan untuk membantu PK dalam menggunakan huruf besar dalam ayat
dan tanda noktah dengan betul. Hal ini begitu kerana jika tidak diambil sebarang tindakan
terhadap permasalahan ini akan menampakkan kecacatan hasil penulisan PK secara
berterusan. Jelaslah, bahawa pengkaji telah merancang pelan tindakan yang sesuai untuk
membantu PK.


FOKUS KAJIAN
Kebolehtadbiran pembaris HbKnkN adalah alat yang mampu membantu menyelesaikan tiga
masalah utama dalam penulisan iaitu menulis huruf besar pada permulaan ayat, pangkal
kata nama khas dan tanda noktah pada akhir ayat. Hal ini adalah bagi memastikan masalah
penulisan dalam bahasa Melayu dapat diselesaikan tidak kira pada ayat tunggal, ayat
majmuk mahupun dalam karangan. Dengan menggunakan alat ini, murid secara terus boleh
memperbetulkan kesalahan yang terdapat dalam ayat yang ditulis.

Free download pdf