KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Pada tindakan ketiga, pengkaji memberikan tiga aktiviti intervensi dengan
menggunakan Pembaris HbKnkN untuk membantu PK dalam penggunaan huruf kecil dalam
ayat yang sepatutnya ditulis dengan huruf besar dengan berpusatkan murid dan dengan
bimbingan pengkaji. Kemudian pada tindakan keempat, pengkaji memberikan dua latihan
yang meminta PK menulis ayat tanpa menggunakan Pembaris HbKnkN sebagai aktiviti
pengukuhan dalam penggunaan huruf besar dalam ayat dan tanda noktah pada akhir ayat.
Akhir sekali, pada tindakan kelima, PK menjalani ujian pos untuk melihat sama ada berlaku
perubahan dan peningkatan dalam penguasaan huruf besar dalam ayat dan tanda noktah.
Rajah 1 dibawah menunjukkan BBM Pembaris HbKnkN yang diaplikasikan terhadap PK.


Rajah 1: Pembaris HbKnkN

Kaedah Mengumpul Data
Beberapa kaedah atau pendekatan pengumpulan data, kesahan dapatan penyelidikan akan
diperoleh untuk mengatasi kelemahan dan bias sekiranya satu kaedah atau pendekatan
sahaja yang digunakan. (Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof, Zaridah Ramli, 2014).
Menurut, Justeru itu, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian, analisis dokumen
dan ujian (pra dan pos). Dalam hal ini, pengkaji telah membuat pemerhatian dengan
menggunakan borang senarai semak terhadap PK sebelum dan selepas intervensi
dijalankan Selain itu, pengkaji menyemak buku latihan PK dan telah mengesan kesilapan
penggunaan kecil pada permulaan ayat, pangkal kata nama khas dan tanda noktah tidak
diletakkan pada akhir ayat. Lantaran itu, intervensi dan latihan yang diberikan untuk melihat
tahap penguasaan PK meningkat secara berperingkat. Akhir sekali, ujian dilaksanakan
untuk melihat keberkesanan penggunaan Pembaris HbKnkN dalam membantu PK.


Kaedah Menganalisis Data
Pengkaji menggunakan analisis kandungan terhadap intevensi yang diberikan kepada PK
untuk menilai tahap penguasaannya terhadap penggunaan huruf besar dalam ayat dan
tanda noktah. Selain itu, analisis data juga digunakan dengan menggunakan hasil penulisan
PK untuk melihat sama ada peningkatan berlaku semasa menggunakan Pembaris HbKnkN.

Free download pdf