Kelemahan yang dapat dikenalpasti oleh pengkaji ialah kaedah ini perlu diperbaiki dari
segi penghasilan ayat. Kaedah Burger Ayat PDOT ini kurang bersesuaian digunakan
untuk membina ayat majmuk kerana kaedah ini hanya sesuai digunakan untuk ayat
tunggal sahaja. Secara tidak langsung, ini akan menimbulkan kekeliruan dalam
kalangan murid sekiranya mereka menggunakan kaedah ini untuk membina ayat
tunggal.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Berdasarkan aspek kelemahan yang dikenal pasti oleh pengkaji, penekanan terhadap
kepelbagaian pembinaan ayat melalui kaedah ini perlu dikenalpasti. Justeru, kaedah
ini juga hendaklah boleh digunakan untuk membina pelbagai jenis ayat agar
memudahkan murid untuk menggunakannya. Pada kajian yang seterusnya, pengkaji
juga bercadang untuk mengaplikasikan permainan bahasa dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa
dalam kalangan peserta kajian.
Menurut Mohd. Hilmi Hamzah & Juliana Emilia Dourado (2010), penggunaan
permainan bahasa memberi kesan positif terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa. Pengkaji harus merancang dan menjalankan permainan
bahasa yang bersesuaian dengan tahap penguasaan bahasa mereka supaya dapat
menarik minat murid untuk mengikuti sesi PdP disamping meningkatkan kefahaman
dalam bidang bahasa Melayu. Secara tidak langsung, ini membolehkan mereka
menumpukan perhatian yang lebih lama dalam mempelajari kemahiran menulis.
Sekiranya tatabahasa mereka meningkat, maka mereka boleh membina ayat gramatis
dengan lebih baik.
RUJUKAN
Azman Wan Chik. (1993). Mengajar bahasa Melayu jilid 1: Perkaedahan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nasir, Z. M., & Hamzah, Z. A. Z. (2014). Sikap dan motivasi pelajar terhadap
pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 134 ,
408 - 415.
Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif
dalam Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28- 29
Mac 2012. Or-ganized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri
Johor Darul Ta'zim.
Jawan, H., & Mahamod, Z. (2021). Kaedah dan cabaran pengajaran terbeza dalam