KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Pengkaji telah memilih untuk melakukan pemerhatian secara berstruktur dan telah
menyediakan satu set soalan. Soalan-soalan ini merangkumi tentang minat, tahap
tumpuan dan tahap penguasaan murid semasa pengajaran kemahiran membina ayat.
Berikut merupakan borang soal selidik yang telah dianalisis.


Berdasarkan graf berikut, jelas menujukkan bahawa selepas sesi intervensi dilakukan,
perubahan tingkah laku yang ketara dalam diri peserta kajian menjadi lebih positif.
Justeru mereka juga semakin bersemangat untuk mengikuti sesi PdP bahasa Melayu
yang merupakan salah satu subjek kegemaran mereka sekarang. Justeru, perubahan
yang positif ini bukan sahaja memberikan hubungan tingkah laku yang positif bahkan
menjadikan sesi PdP yang bermakna kerana peserta kajian semakin mahir dalam
kemahiran membina ayat dengan pengaplikasi kaedah Burger Ayat setelah intervensi
dijalankan.


REFLEKSI
Pengkaji mereflek kembali pelaksanaan kitaran kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji. Pengkaji memberi penekanan kepada dua aspek utama iaitu kekuatan dan
kelemahan yang terdapat dalam kajian yang telah dijalankan. Antara kekuatan yang
dapat dikenalpasti ialah penggunaan kaedah Burger Ayat PDOT dalam mengatasi
masalah membina ayat gramatis yang menjadi tunjang kepada kejayaan pengkaji.
Masalah tidak memahami cara untuk membina ayat dapat dikurangkan dalam
kalangan murid sekolah rendah. Justeru, peserta kajian dilihat berupaya membina ayat
setelah pengkaji memberi penerangan mengenai cara menggunakan kaedah Burger
Ayat PDOT. Selain meningkatkan kemahiran membina ayat, penggunaan kaedah ini
telah membetulkan struktur ayat yang ditulis. Pengaplikasian kaedah Burger Ayat
PDOT telah membimbing peserta kajian menulis ayat dengan baik.


(^20)
(^64)
PERBEZAAN TINGKAH LAKU
SEBELUM DAN SELEPAS
INTERVENSI
Sebelum Selepas

Free download pdf