yang berkaitan dengan ilmu yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan
kreatif. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh KPM bersama Jabatan
Pendidikan Negeri dengan Pejabat Pendidikan Daerah bagi merangka
program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan Membaca
dan Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dan Program
Bimbingan Membaca dan Menulis (PROTIM).
FOKUS KAJIAN
Masalah yang diberi penekanan oleh pengkaji ialah tentang masalah
pembinaan ayat yang kurang memuaskan dalam kalangan murid Tahun 5.
Pengkaji telah memberikan dua jenis latihan membina ayat berdasarkan
gambar. Dalam soalan tersebut, murid dikehendaki untuk membina lima ayat
berdasarkan gambar. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan terhadap
ayat yang dibina, terdapat murid yang masih tidak mahir dalam membina ayat
yang gramatis. Daripada analisis tersebut, pengkaji telah mendapat beberapa
kesalahan seperti berikut:
a) Ayat yang tergantung dan tidak berkembang.
b) Kesalahan ejaan.
c) Istilah yang kurang sesuai.
d) Percampuran dengan bahasa dialek.
Walau bagaimanapun, pengkaji lebih menekankan terhadap proses
mengembangkan ayat. Kebanyakan murid tidak dapat mentafsir aktiviti yang
dilakukan oleh pelaku, tidak dapat mentafsir bahan rangsangan, tidak