menerangkan dengan lebih lanjut mengenai aktiviti yang dilakukan oleh
pelaku serta tidak dapat mengembangkan idea dalam membina ayat.
Melihat kepada kenyataan di atas, pengkaji dapat menyimpulkan
bahawa kemahiran membina ayat merupakan salah satu kemahiran yang
sememangnya sukar untuk dikuasai oleh murid. Ketidakupayaan murid-murid
dalam membina ayat akan menyebabkan mereka tercicir dalam menguasai
kemahiran membina ayat. Hal ini perlu dititikberatkan kerana kemahiran
membina ayat merupakan satu asas untuk menulis sebuah karangan dan
juga penguasaan bahasa murid-murid.
Walaupun kemahiran membina ayat sukar dikuasai oleh murid, namun
ianya akan mudah dipelajari sekiranya terdapat satu kaedah yang disusun
secara sistematik dan dapat dipersembahkan dengan lebih menarik kepada
murid. Selain itu, kaedah juga perlu menarik seiring dengan perkembangan
teknologi pada masa kini. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-
guru dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat ialah
tentang pemilihan kaedah pengajaran yang menarik dan efektif.