menggalakkan murid untuk memberi maklum balas tegas terhadap Kaedah
WADAH yang diperkenalkan dalam kemahiran mengembangkan ayat
berdasarkan gambar. Soal selidik ini diberikan kepada murid selepas
intervensi dijalankan. Chua (2006) menggalakkan penggunaan skala
Guttman untuk menyesuaikan soalan dengan kesediaan murid di samping
arahan yang jelas.
REFLEKSI DAN CADANGAN SUSULAN
Kajian tindakan yang dilaksanakan ini merupakan satu inisiatif dalam
meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran bahasa Melayu. Intervensi yang dihasilkan ini telah berjaya
dilaksanakan secara terancang terhadap lima orang murid dari sekolah di
daerah Tuaran. Melalui dapatan kajian yang telah dianalisis oleh
pengkaji,dapat dibuktikan bahawa murid yang telibat dengan kajian ini
menunjukkan peningkatan yang ketara dalam membina ayat berdasarkan
gambar. Dalam konteks ini, Kaedah WADAH yang diperkenalkan oleh
pengkaji telah berjaya membantu murid untuk meningkatkan penguasaan
membina ayat berdasarkan gambar.
Antara cadangan susulan yang boleh dilaksanakan daripada kajian ini
ialah pendigital semula bahan secara TMK dengan menggunakan aplikasi
pendidikan di atas talian seperti Quizziz dan Kahoot. Selain itu, Kaedah
WADAH juga boleh diterapkan unsur seni dalam pendidikan seperti lagu
untuk menarik perhatian murid semasa dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.