KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PENGENALAN
Saya telah mengenal pasti satu isu sepanjang ditugaskan mengajar bahasa Melayu
untuk murid tahun 4 di sekolah tersebut bagi memenuhi kehendak kajian
penyelidikan iaitu penggunDDQ.DWD6HQGL1DPD .61 μGDULSDGD¶GLNDODQJDQPXULG
yang masih keliru. Hal ini menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam menguasai
kemahiran tatabahasa yang ada pada tahap mereka. Dalam bidang pengajaran
bahasa Melayu, aspek tatabahasa merupakan salah satu unsur penting yang mana
perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid untuk menguasai bahasa yang cekap.
Menurut Jacqueline (2008), tatabahasa perlu diajar kepada murid kerana dapat
membantu seseorang murid itu membentuk frasa atau ayat sendiri.
Selanjutnya, KIT AKRODA yang digunakan ini berdasarkan dengan akronim
yang telah diberikan oleh saya merangkumi akronim KSN bagi membantu murid
lebih mudah untuk mengingat penggunaan KSN dengan lebih betul dan tepat.
Akronim yang telah diringkaskan bagi memudahkan murid terdiri dengan akronim
EDJL SHQJJXQDDQ .61 μGDULSDGD¶ GL KDGDSDQ .1 DWDX )1 SXOD GLEHULNDQ EDJL
menyatakan keanggotaan, abstrak, benda, orang/organisasi, sumber,
perbandingan/perbezaan, perubahan (KABOSPP).
Penggunaan akronim dengan cara yang betul ini akan dapat membantu
murid untuk menghafal serta mengingat kata kunci yang penting dalam usaha untuk
membezakan penggunaan KSN dari dan daripada di hadapan FN dan KN.
Sekirangya isu penggunaan KSN ini tidak di atasi dengan baik maka murid-murid
akan terbiasa dengan kesalahan tatabahasa yang mereka lakukan sehingga di bawa
ke peringkat dewasa kelak. Berdasarkan analisis kekerapan kesalahan bagi setiap
jenis KSN, saya berpendapat pelajar masih tidak pasti tentang fungsi penggunaan
KSN dengan tepat. Kesalahan ini disebabkan faktor-faktor seperti ketidakpastian
aspek yang betul dan salah, kekeliruan dan kesalahan Ketika membuat tanggapan
yang akhirnya akan menyebabkan berlaku kesalahan penggunaan KSN yang tepat.
Seterusnya, jelaslah bahawa jika masalah ini berterusan, maka murid akan
menghadapi kesukaran untuk menguasai aspek-aspek tatabahasa yang dipelajari.
Impaknya, mereka tidak akan dapat menterjemahkan aspek tatabahasa yang
difahami dengan betul, sebaliknya aspek yang diterjemahkan lebih kepada bentuk-
bentuk kesalahan tatabahasa merangkumi pelbagai aspek morfologi dan sintaksis.
Justeru, kajian tindakan KSN yang dilakukan terhadap murid darjah tahun 4 ini
dilihat wajar dilaksanakan bertujuan memberi kefahaman dan kesedaran kepada
tenaga pengajar dan murid akan pentingnya penggunaan KSN yang betul dalam
konteks penulisan. Malahan juga, kajian ini turut membantu para pengguna bahasa

Free download pdf