KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Meningkatkan Kemahiran Kata Sendi Nama Daripada di Dalam Ayat Murid
Tahun 4 Menggunakan Kit Akroda

Mohammad Firdaus Bin Yazit, Ismail Bin AG. Piut

Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah kekeliruan kata sendi nama bagi
murid tahun 4 secara hafalan menggunakan KIT AKRODA. Penggunaan kata yang betul
amat penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak bagi menjadikan sesuatu ayat itu baik.mereka
perlu didedahkan cara menggunakan perkataan yang betul agar ayat mereka lebih gramatis
dan menarik untuk dibaca. Melalui aktiviti membaca juga mampu meluaskan pengetahuan
mereka dalam menguasai penggunaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan serta
membolehkan mereka untuk membezakan kata sendi nama dari dan daripada untuk
digunakan dalam ayat dengan betul. Kajian Tindakan yang telah dijalankan bertujuan untuk
membantu murid tahun 4 menguasai penggunaan kata sendi nama daripada dengan betul.
Peserta kajian dalam kajian ini terdiri daripada lima orang murid tahun 4 di salah sebuah
sekolah yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian tersebut mempunyai masalah
membezakan penggunaan dari dan daripada di dalam ayat dengan baik dan betul. Instrumen
yang telah digunakan sepanjang penyelidikan ini adalah ujian pra dan ujian pasca,
pemerhatian, dan soal selidik. Hasil dapatan kajian data mendapati bahawa semua peserta
kajian berjaya menguasai kemahiran penggunaan kata sendi nama daripada dalam ujian
pasca berbanding ujian pra. Hasil kajian telah mendapati bahawa kaedah hafalan
menggunakan KIT AKRODA sangat berkesan dalam membantu murid menambahbaik
penguasaan mereka.


Kata Kunci : KIT AKRODA, kaedah hafalan, kata sendi nama, daripad

Free download pdf