SOALAN KAJIANPersoalan kajian ini ialah:
- Adakah teknik SiBAD-SKUAD dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
 membina ayat majmuk mudah berdasarkan bahan rangsangan terhadap
 murid Tahun 5?
- Adakah murid Tahun 5 dapat mengaplikasikan teknik SiBAD-SKUAD dengan
 sepenuhnya mengikut susunan dalam penguasaan kemahiran membina ayat
 majmuk mudah berdasarkan bahan rangsangan?
PESERTA KAJIANSalah sebuah sekolah rendah di daerah Gelugor, Pulau Pinang dijadikan sebagai
tempat kajian kerana pengkaji menjalani praktikum fasa kedua di sekolah ini selama
tiga bulan sebelum ini. Pengkaji telah memfokuskan kepada murid-murid kelas
Tahun 5. Pengkaji telah memilih 5 orang murid bagi kategori lemah dan sederhana
sebagai peserta kajian. Semua peserta kajian berbangsa Melayu dan umur mereka
ialah 11 tahun. Maklumat peserta kajian adalah seperti jadual di bawah:
Jadual 1: Maklumat Peserta Kajian
Bilangan Peserta Jantina Prestasi
AkademikCiri Peribadi1 A Lelaki Sederhana Pasif
2 B Lelaki Lemah Aktif
3 C Lelaki Cemerlang Aktif
4 D Perempuan Lemah Aktif
5 E Perempuan Sederhana PasifBerdasarkan jadual di atas, terdapat 2 orang peserta yang mempunyai
prestasi akademik yang lemah dan sederhana manakala hanya seorang peserta
berprestasi cemerlang dalam akademiknya. Selain itu, terdapat 3 orang peserta
bersifat aktif dan 2 orang bersifat pasif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
