KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
FOKUS KAJIAN

Secara rasminya, topik membina ayat majmuk ini merupakan salah tajuk yang
terkandung dalam aspek tatabahasa Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
(DSKP) Bahasa Melayu Tahun 5. Namun, pengkaji telah mengenal pasti masalah
kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan bahan rangsangan menimbulkan
kekeliruan terhadap murid Tahun 5 semasa proses PdPc dijalankan. Ini
membuktikan bahawa terdapat segelintir murid Tahun 5 masih tidak dapat
menguasai kemahiran membina ayat majmuk yang telah dipelajari ketika berada di
tahun sebelumnya. Justeru, ujian pra diberikan kepada 5 orang peserta kajian Tahun



  1. Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh murid termasuklah (a) murid
    membina ayat tunggal berbanding ayat majmuk. (b) Susunan struktur ayat yang tidak
    tepat. (c) Ayat tergantung dan tidak gramatis.


Menurut guru mata pelajaran bahasa Melayu kelas tersebut, antara punca
terjadinya kesilapan membina ayat dalam kalangan murid adalah disebabkan
kelemahan murid dalam mengingat kembali pengajaran yang diajar dan tergesa-
gesa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Justeru, pengajaran secara latih
tubi dan berterusan dalam menyampaikan PdP amat sesuai dalam meningkatkan
kemahiran peserta kajian dalam membina ayat majmuk berdasarkan bahan
rangsangan iaitu gambar tunggal sejajar dengan penyataan Che Zanariah Che
Hassan et.al. (2011) yang menyatakan bahawa kaedah latih tubi merupakan satu
kaedah pengajaran yang menitikberatkan aktiviti pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang diperoleh. Kaedah latih tubi ini dilaksanakan bertujuan untuk
mencapai taraf penguasaan pelajar terhadap kemahiran sekaligus menjamin
kekekalannya. Oleh itu, fokus kajian pengkaji adalah membantu murid-murid Tahun
5 memahami dan membina ayat majmuk mengikut konteks berdasarkan bahan
rangsangan yang diberikan dengan mengaplikasikan teknik SiBAD-SKUAD.


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:



  1. Meningkatkan penguasaan murid Tahun 5 untuk membina ayat majmuk
    mudah berdasarkan bahan rangsangan menggunakan teknik SiBAD-SKUAD.

  2. Mengaplikasikan teknik SiBAD-SKUAD dengan sepenuhnya mengikut
    susunan dalam kalangan murid Tahun 5 untuk membina ayat majmuk mudah
    berdasarkan bahan rangsangan.

Free download pdf